Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Johor Tumpas Sindiket...

JOHOR BAHRU - Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang didalangi...

Tan Sri Dr. Madinah...

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad dilantik...

Pengunjung Zoo Turun Mendadak...

KUALA LUMPUR - Walaupun haiwan di Zoo Negara berada dalam keadaan 'hidrat' dan...

Pokemon Go Dilancarkan Di...

SINGAPURA - Nampaknya, rakyat Singapura dan warga jirannya dari Malaysia tidak perlu menunggu lama untuk...

AS Jual Dron Risikan RM80 Juta Pada Malaysia

PETALING JAYA – Malaysia membeli 12 dron pengawasan bernilai AS$19 juta (RM79.5 juta) dari Amerika Syarikat dalam usaha Presiden Donald Trump meningkatkan kemampuan pengumpulan risikan ketika ketegangan dengan China semakin memuncak.

Reuters melaporkan jualan itu sebahagian daripada satu perjanjian AS$47 juta untuk menjual 34 dron ScanEagle buatan Boeing Co kepada kerajaan Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam.

ScanEagle ialah dron tidak bersenjata dihasilkan Insitu, yang turut membuat RQ-21A Blackjack, dron bersenjata yang digunakan Tentera Laut AS.

Laporan itu memetik Pentagon sebagai berkata, jualan yang diumumkan minggu lalu itu termasuk alat ganti dan pembaikan, peralatan, kelengkapan sokongan, latihan dan perkhidmatan teknikal. Dron itu dijangka siap dibina pada Mac 2022.

Perjanjian itu diumumkan Jumaat lalu, sehari sebelum Setiausaha Pertahanan AS, Patrick Shanahan memberitahu satu sidang kemuncak pertahanan serantau di Singapura yang Washington tidak lagi “mengelak berbincang atau menangani” sikap China terhadap negara lain di Asia.


Shanahan turut bercakap tindakan China menyebabkan ketidakstabilan di Laut China Selatan yang didakwa Beijing sebagai kawasan miliknya.

Sebagai maklum balas, Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe bertindak memberi amaran kepada AS tidak campur tangan dalam pertikaian keselamatan terhadap Taiwan dan Laut China Selatan.

“Jika ada sesiapa berani memisahkan Taiwan daripada China, tentera China tiada pilihan kecuali melawan habis-habisan…AS tidak boleh dipecah-pecahkan, begitu juga China. China perlu dan akan disatukan semula,” katanya dalam Dialog Shangri-La di Singapura Ahad lalu. – FMT

Kategori