Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Hubungan Dengan Anwar Baik,...

MELAKA - Walaupun didakwa wujud pertelingkahan namun Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),...

Anih Berhad Edar 1,000...

KUANTAN - Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Anih Berhad hari ini mengagihkan...

HASiL Pemangkin Kemakmuran

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) merupakan agensi terpenting yang bertanggungjawab memungut dan...

Hampir 30 Suspek Pengganas...

PUTRAJAYA - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengusir hampir 30 orang daripada keseluruhan 50...

AS Bunuh Pemimpin Tertinggi Al-Qaeda Di Yaman

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) dilaporkan membunuh pemimpin al-Qaeda di Yaman, Qasim al-Rimi dalam satu operasi memerangi keganasan, memetik Rumah Putih pada Khamis lapor agensi berita Anadolu.

“AS melancarkan operasi antikeganasan di Yaman menyebabkan Qasim al-Rimi, seorang pengasas dan pemimpin al-Qa’ida di Semenanjung Arab (AQAP) dan seorang wakil kepada pemimpin al-Qa’ida Ayman al-Zawahiri maut,” kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan itu Rumah Putih menggunakan ejaan berlainan untuk al-Qaeda.

Dilihat sebagai pengganti kepada al-Zawahiri, al-Rimi menyertai al-Qaeda pada 1990-an, berada di Afghanistan untuk berkhidmat dengan pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden.

Kenyataan itu menyebut di bawah kepemimpinan al-Rimi, AQAP melakukan keganasan terhadap orang awam dan berusaha untuk melancarkan serangan terhadap AS dan tenteranya.

“Kematiannya memberi tamparan hebat kepada AQAP dan pergerakan al-Qa’ida global, ia membawa kita semakin hampir untuk menghapuskan ancaman kumpulan yang menggugat keamanan negara kita,” tambah kenyataan itu.


Minggu lalu, memetik bekas pegawai Amerika, The New York Times melaporkan AS melancarkan serangan udara terhadap al-Rimi di Yaman, selepas berjaya mengesannya melalui risikan dan sistem pengawasan udara. Al-Rimi dikatakan terbunuh dalam serangan udara pada Januari dan pegawai masih menunggu pengesahan.

Beliau menjadi pemimpin tertinggi yang ketiga menjadi sasaran AS dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

AS membunuh komander tertinggi tentera elit Iran Qasem Soleimani dalam serangan udara pada 3 Jan di Baghdad, Iraq dan pemimpin Daesh Abu Bakr al-Baghdadi di Syria pada Oktober.

Kategori