Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Visual Putin Sarungkan Jaket...

Visual Presiden Russia Vladimir Putin meletakkan memakaikan jaket kepada isteri Presiden China Xi...

Orang Asli Jumpa Mayat...

GUA MUSANG - Mayat berulat dan hampir reput ditemukan dalam semak di...

UMNO Perlu Terus Jadi...

MUAR - UMNO perlu terus menjadi tunjang kepada kerajaan pemerintah yang ada sehingga...

Mudah Kerja Dengan Mira,...

SEBAGAI rakan artis, pelakon Syafiq Kyle berkongsi pengalaman manisnya bersama pelakon Mira Filzah...

AS Akan Lebih Terkesan Dalam Perang Perdagangan

KUALA LUMPUR – Perang perdagangan membabitkan dua kuasa ekonomi dunia ketika ini dilihat bakal memberi kesan lebih buruk kepada Amerika Syarikat (AS) berbanding China.

Pengasas Bersama Alibaba Group Holding Ltd, Jack Ma, berkata secara dasarnya konflik dagangan itu akan menimbulkan banyak masalah dan bukan sahaja kepada China tetapi juga negara-negara yang mempunyai kaitan dengan kedua-dua kuasa ekonomi itu.

Katanya, beliau bimbang konflik itu akan menyebabkan AS yang lebih menderita tetapi akan tetap berharap pertelingkahan itu dapat diselesaikan.

“Ini kerana defisit dagangan AS adalah masalah yang memakan masa bertahun lamanya dan ia tidak boleh diselesaikan dalam hanya sekelip mata.

“Saya juga menjangkakan perang perdagangan ini akan berakhir dalam tempoh yang panjang,” katanya dalam penampilan khas secara langsung menerusi persidangan video sempena Persidangan China 2018 yang dianjurkan South China Morning Post, di sini hari ini.

Ma bagaimanapun optimistik perang perdagangan itu masih memberikan banyak peluang, termasuk ketika berdepan waktu-waktu sukar.


Katanya, dalam menghadapi keadaan itu, tumpuan harus diberikan untuk mewujudkan peluang dan dalam masa sama meningkatkan sistem pendidikan.

“Saya percaya penyelesaian kepada perang dagangan ini adalah teknologi. Ini kerana pada masa hadapan, perdagangan bukan lagi membabitkan antara perniagaan kepada pengguna tetapi pengguna kepada perniagaan yang bergerak pantas disebabkan teknologi e-dagang,” katanya.

Beliau juga mencadangkan supaya Malaysia mempunyai satu kumpulan khas membabitkan pegawai kerajaan yang boleh membincangkan mengenai e-dagang. – BH Online

Kategori