Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ahad Minggu Pertama Julai...

KANGAR - Ahad minggu pertama pada Julai setiap tahun diisytiharkan sebagai sambutan Hari...

Moratorium Bauksit Dilanjut Sehingga...

KUANTAN - Tempoh moratorium aktiviti perlombongan bauksit  di Kuantan, yang sepatutnya berakhir pada 30 Jun ini, akan dilanjutkan sehingga...

Video: Lelaki Indon Makan...

JIKA di semenanjung, orang Melayu amat gemar menjadikan pucuk paku sebagai ulam-ulaman segar...

‘Bohonglah Kamal Tak Tahu...

PETALING JAYA – Pelakon Intan Ladyana menganggap dakwaan kononya Kamal Adli, 29, terkejut...

Artis Popular Kongsi Kisah Air Mata Dalam Labbaikallah

SELEPAS Aizat Amdan dan Neelofa, tiba giliran Aflin Syauki, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin muncul dalam program Labbaikallah di stesen TV AlHijrah.

Pada 6 September, Aizat Amdan berkongsi pengalaman peribadi bagaimana pertama kali hatinya terkedu lalu jatuh cinta pada kebesaran Kaabah. Sebagai insan biasa dirinya merasa kekerdilan diri saat menatap Kaabah pada kali pertama.

Manakala Neelofa pada 31 Ogos telah bercucuran air mata menceritakan detik-detik mengatur langkah mendekati Kaabah. Betapa dari kejauhan bayangan Kaabah yang ditatap sedikit demi sedikit meruntun jiwanya lalu menangis tersedu-sedu.

Itu pengalaman saat menunaikan umrah. Semalam 6 September, Neelofa terbang lagi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji buat kali pertama.

Malam ini 7 September tiba giliran Aflin Syauki pula berkongsi isi hati berada depan Kaabah.

Apa pengalaman Aflin? Apakah komedian popular dan pelakon jiwa kental serta serba berani ini menangis?

Apa pula pengalaman Datuk Siti Nurhaliza dan Rosyam Nor?

Ikuti Labbaikallah yang dihoskan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid di TV AlHijrah. Siti Nurhaliza akan bersiaran pada Khamis 8 September dan Rosyam pula akan muncul 9 September.


WhatsApp Image 2016-09-07 at 1.16.47 PM

Labbaikallah akan turut menyiarkan proses pertukaran kain Kiswah pada 11 September. Suasana di Kota Suci makin meriah menjelang Hari Tasyrik pada 12, 13 dan 14 September.

Kaabah makin dekat di hati 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia. Serta empat juga jemaah dari lebih 150 negara yang kini telah berada di Tanah Suci.

Jangan lepas peluang bersama Labbaikallah pada 9.00 malam ini di TV AlHijrah.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori