Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Peluang Pembelajaran Pertingkat Kualiti...

KUALA LUMPUR - Kalangan kerajaan serta agensi-agensi pembangunan antarabangsa mampu mempertingkatkan pelaksanaan perkhidmatan...

[TIDAK RASMI] Calon BN...

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Felicia Wong...

PRK Port Dickson: Lebih...

PORT DICKSON - Seramai 7,191 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen...

Perintah Berkurung Di Esszone...

KUALA LUMPUR - Perintah berkurung di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZone) sejak...

Artikel Sarawak Report Antara Punca SPRM Buat Laporan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa isi kandungan artikel Sarawak Report bertajuk ‘Najib Razak’s Personal Accounts Linked To 1MDB Money Trail Malaysia Exclusive’ pada 2 Julai 2015 merupakan antara punca laporan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penolong Kanan Pesuruhjaya Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Husain, 54, berkata, laporan dibuat oleh Penolong Pesuruhjaya SPRM bahagian Forensik Perakaunan, Prem Raj pada pukul 11.30 pagi, 6 Julai 2015.

Biarpun begitu, pihaknya tidak pernah menyoal siasat Editornya, Claire Rewcastle Brown berhubung artikel tersebut.

“Saya tidak pernah jumpa Rewcastle Brown atau mengarahkan mana-mana pegawai untuk bertemu dengannya. Saya juga tidak menyiasat bagaimana beliau boleh mengeluarkan artikel tersebut.

“Saya juga tidak mengetahui bagaimana Rewcastle Brown mendapat maklumat seperti artikelnya itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Datuk Seri Najib Tu Razak dalam pemeriksaan balas ketika perbicaraan hari ke-55 melibatkan bekas Perdana Menteri berhubung SRC di sini hari ini.


Menurut saksi pendakwaan ke-57 itu, berikutan laporan tersebut, satu kertas siasatan dibuka bagi menyiasat kesalahan yang disyaki di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

“Kertas siasatan telah diedarkan kepada Pejabat Pendakwa Raya pada 31 Disember 2015. Malah, ia diedarkan semula kepada pihak sama pada 12 Jun tahun lalu,” katanya.

Pada 4 Julai dan 8 Ogos tahun lalu, Najib, 66, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berhubung dana SRC International.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali masih diteruskan. – UTUSAN ONLINE

Kategori