Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sukar Angkut Mayat, Jari...

MANILA - Semasa Marwan terbunuh dalam pertempuran bersenjata dengan komando polis awal pagi...

PH Sudah Lama Sokong...

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail...

Serangan Bom Keretapi: Seorang...

PATTANI (selatan Thailand) - Seorang pekerja keretapi maut manakala tiga rakan kerja lain...

Izzue Islam Mohon Peminat...

SETELAH tiga tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Izzue Islam mengakui dia dan isteri, Awin Nurin...

Aramco Setuju Labur US$7 Bilion Di Malaysia

KUALA LUMPUR – Syarikat petroleum Arab Saudi, Aramco bersetuju melabur US$7 bilion (hampir RM30 bilion) di Malaysia sebelum 31 Mac ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Perdana Menteri berkata pelaburan tersebut akan melonjakkan lagi pelaburan langsung asing (FDI) di negara ini.

“Pagi tadi saya dapat teks daripada (Menteri di Jabatan Perdana) Datuk Seri Rahman Dahlan yang menyatakan Aramco bersetuju untuk melabur US$7 bilion di Malaysia sebelum 31 Mac ini,” katanya di majlis Penyerahan Kanvas Belia TN50 di sini.

Najib berkata Rahman dihantar ke Riyadh untuk tutup perbincangan dengan Aramco.

Perdana menteri berkata usaha kerajaan menarik pelaburan langsung asing itu untuk faedah generasi akan datang dalam usaha kerajaan menyediakan asas negara yang kukuh bagi membolehkan generasi TN50 membawa negara ini ke tahap yang lebih hebat kelak. – BERNAMA

Kategori