Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

3 Sekeluarga Rentung Dalam...

KOTA KINABALU - Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran membabitkan tiga buah rumah di...

Darjah, Pingat Pahang Perlu...

PEKAN - Semua nama yang dicadangkan untuk menerima darjah dan pingat kebesaran Pahang...

Apa Puncanya Anak Muda...

FUH,ƃā€šĆ‚Ā bukan main panjang barisan anak-anak muda ini beratur!Tapi, jangan ingat mereka beratur sebab...

260 Kes Baharu Covid-19

KUALA LUMPUR - Sebanyak 260 kes baharu direkodkan hari ini sekali gus merekodkan...

Arahan Bercuti: FGV Anggap Prosedur Normal

KUALA LUMPUR – Susulan arahan bercuti yang dikenakan ke atas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad dan tiga yang lain, Pengerusinya, Tan Sri Isa Samad menganggap ia prosedur biasa.

Menurutnya, perkara tersebut adalah normal dan mengikut prosedut yang ditetapkanĀ serta bukan bersifat peribadi.

Jelasnya, satu surat arahan bercuti diserahkan kepada Zakaria dan tiga individu lain pagi tadi selepas ahli lembaga pengarah FGV membuat keputusan susulan wujud salah laku dan tidak mengikut prosedur antara syarikat Safitex dengan Delima Oil Products (DOP).

Arahan Bercuti: FGV Anggap Prosedur Normal

“Itu adalah normal, surat dah diberikan pagi tadi. Itu adalah prosedur normal,” katanya pada sidang media khas di ibu pejabat FGV di sini, hari ini.

Tiga individu lain iaitu Ketua Pegawai Kewangan (CFO) FGV, Ahmad Tifli Talha; CEO Trading, Ahmad Salman Omar dan Kamarzaman Abdul Karim juga dipaksa bercuti serta merta.

Baca:Ā CEO, CFO FGV Diarah Bercuti Serta Merta

Susulan itu, Isa mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Eksekutif Ahli Lembaga Pengarah bagi memangku tugas Presiden Kumpulan dan Ketua Eksekutif FGV dan Ketua Pegawai Kewangan.

Isa berkata, arahan cuti serta merta itu dikeluarkan selepas PricewaterhouseCooperas (PwC) mengesan salah laku dan tindakan tidak mengikut prosedur serta kini siasatan dibuat oleh audit dalaman sebelum satu surat tunjuk sebab diberikan kepada Zakaria.


Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan salah laku tersebut yang melibatkan jutaan ribu ringgit.

Menurutnya, Lembaga Pengarah membuat keputusan supaya Zakaria dinasihatkan untuk meletakkan jawatan.

“Saya sendiri menemui Zakaria pada 31 Mei lalu supaya kes ini tidak menjadi rumit. Namun, beliau enggan meletakkan jawatan sebaliknya membuat kenyataan di media,” katanya.

Juga:Ā Isu FGV: Zakaria Gesa Campur Tangan SPRM

Jelasnya, siasatan lanjut berhubung isu tunggakan bayaran oleh syarikat Safitex bagi produk DOP itu akan dijalankan audit dalaman namun FGV bersedia bekerjasama jika pihak luar ingin campur tangan.

“Kita mengalu-alukan jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ingin menjalankan siasatan,” katanya. –Ā MYNEWSHUB.CC

Kategori