Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Polis Marin Rampas Pelbagai...

TUMPAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor berjaya merampas pelbagai mercun yang...

Reman Lelaki Miliki Pistol...

JOHOR BAHRU - Tempoh reman pemilik kedai aksesori kenderaan berikutan penemuan pistol dan...

Pemilihan PKR April Ini,...

Kuala Lumpur : Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk pemegang jawatan bagi sesi...

Rombakan Kabinet Sengaja Ditimbulkan,...

DATUK Seri Anwar Ibrahim menyifatkan desas-desus rombakan Kabinet yang dikatakan bakal berlaku selepas...

Arab Saudi Rombak Kerajaan, Ganti Menteri Luar

MENTERI Luar Arab Saudi diturunkan pangkat dalam satu rombakan kerajaan oleh Raja Salman bin Abdulaziz.

Adel al-Jubeir diletakkan ke jawatan menteri negara bagi hal elwal luar, manakala Ibrahim al-Assaf mengambil alih jawatan menteri luar.

Perubahan ini dinyatakan dalam dikri raja hari ini.

Rombakan ini dilihat sebagai satu tindakan untuk menunjukkan berlaku perubahan ekoran tekanan antarabangsa selepas pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

Pembunuhan Khashoggi di Turki, didakwa di dalam konsulat Saudi, menjadikan Riyadh mula dipinggir masyarakat antarabangsa.


Marwan Kabalan, ketua penganalisis dasar di Arab Center for Research and Policy Studies, berkata langkah itu sudah dijangka kerana Jubeir dianggap “tinggalan era Raja Abdullah.”

“Sejak sebelum pembunuhan Khashoggi pun, kami sudah menjangka Jubeir akan disingkir,” kata Kabalan.

“Tetapi sekarang saya lihat beliau digunakan sebagai kambing hitam dalam isu ini.” – Agensi

Kategori