Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Anwar Kurang Maklumat Dalam...

KUALA LUMPUR - Banduan kes liwat yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat...

Kelewatan Bayaran Balik GST...

KUALA LUMPUR – Kelewatan bayaran balik cukai input daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan...

BN Bersedia Jika Pilihan...

SEMPORNA - Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Ramlee Marahaban berkata UMNO dan...

Aidilfitri 2017: Rona Biru...

SABAN tahun gaya busana raya kebanyakan selebriti paling ditunggu-tunggu peminat mereka. Seperti biasa selebriti...

Arab Saudi Pecat 2 Pegawai Kanan

DUBAI – Arab Saudi memecat dua pegawai kanannya selepas mengakui wartawan yang hilang, Jamal Khashoggi mati di dalam kedutaan kerajaan itu di Istanbul dalam insiden yang mencalar hubungan antara Riyadh dan Barat.

Pendakwa awam Arab Saudi, dalam satu kenyataan berkata berlaku pergaduhan di antara Khashoggi dan pihak yang ditemuinya di konsulat berkenaan hingga membawa kepada kematiannya.

“Siasatan masih lagi berjalan dan setakat ini 18 warga Arab Saudi sudah ditahan. Seorang penasihat kerajaan, Saud al-Qahtani dan timbalan ketua perisikan Ahmed Asiri dipecat dari jawatan mereka,” kenyataan itu menyebut.

Khashoggi, yang sering mengkritik pentadbiran Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, hilang selepas memasuki konsulat pada 2 Oktober lalu untuk mendapatkan dokumen bagi urusan perkahwinan dengan tunangnya seorang warga Turki.

Pegawai Turki sebelum ini percaya, kolumnis akhbar Washington Post itu terbunuh di dalam bangunan berkenaan.


Arab Saudi sebelum ini menafikan dakwaan itu dan berkata Khashoggi sudah meninggalkan bangunan itu. – Reuters/BH ONLINE

Kategori