Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Tembak Mati 2...

IPOH - 'Ari' dan 'Kenjo' iaitu dua anggota kumpulan penjenayah warga asing paling...

5,000 Motosikal Berkuasa Tinggi...

KLANG - Sebanyak 5,000 motosikal berkuasa tinggi akan berhimpun di Shah Alam sempena...

Masa Untuk Rentas Negeri...

KUALA LUMPUR - Aktiviti rentas negeri yang ditunggu-tunggu oleh rakyat kini sudah semakin...

Mangsa Banjir Di P.P...

GEORGE TOWN - Seramai 559 mangsa banjir masih ditempatkan di tujuh pusat pemindahan...

Arab Saudi Lancar Kempen Burukkan Sidang Kemuncak KL

PETALING JAYA – Kerajaan Arab Saudi melancarkan kempen media untuk memburukkan Sidang Kemuncak KL pada Disember lalu yang dihadiri pemimpin seteru mereka, lapor portal berita berpangkalan di London, Middle East Eye.

Middle East Eye memetik dokumen diperolehinya sebagai berkata, Kementerian Media Saudi mengumpul satu siri mesej daripada organisasi media dan pengulas tempatan yang diarah menyiarkannya.

Ia turut menyasarkan akhbar, laman web dan saluran televisyen di negara lain, termasuk Pakistan, Indonesia dan beberapa negara Arab.

Menurut dokumen itu, tujuan kempen berkenaan ialah mempersendakan Sidang Kemuncak KL pada Disember lalu, untuk menonjolkan peranan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan bantuan yang Saudi berikan kepada dunia Islam, khasnya Palestin.

Sidang Kemuncak KL – yang disifatkan sebagai pengubah keadaan dalam hubungan dunia Islam dengan Saudi – dihadiri Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dan Presiden Iran, Hassan Rouhani.

Sidang kemuncak itu turut menjadi tumpuan media selepas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan membatalkan lawatannya pada saat-saat akhir.

Middle East Eye melaporkan dokumen itu mengesahkan Khan tidak hadir selepas “kerja keras Saudi untuk menghalangnya menghadiri (sidang kemuncak itu)”.


Riyadh turut mengarahkan wartawannya menekankan penarikan diri Khan dan penganjuran sidang kemuncak itu boleh “menggalakkan penubuhan blok sama dalam kalangan negara Islam lain”.

Ia turut mengarahkan kolumnis mengkritik “mana-mana kumpulan yang ditubuhkan untuk mencapai matlamat politik sempit di luar OIC”.

Ibu pejabat OIC terletak di Jeddah, Arab Saudi.

Middle East Eye berkata, dokumen itu turut menyenaraikan beberapa organisasi media asing yang akan menjalankan kempen propaganda itu yang termasuk dari Jordan, Iraq, Lubnan, Indonesia dan India.

Menurut laporan itu, ia sudah menghubungi Kementerian Media Saudi dan Kedutaan Saudi di London, tetapi belum mendapat respons mereka. – FMT

Kategori