Arab Saudi Jadi Hos Gusti Wanita

RIYADH – Arab Saudi telah menjadi tuan rumah buat pertama kali dalam pertandingan gusti wanita – langkah terbaharu yang diambil selepas melonggarkan peraturan ketat dalam hiburan.

Pertandingan di Riyadh itu nanti bakal menampilkan bintang-bintang WWE iaitu Natalya dan Lacey Evans.

Pasangan ini bertarung dengan memakai pakaian sendat wanita dan baju-T di bahagian atas, selaras dengan peraturan yang dikenakan kepada pengunjung yang diminta berpakaian sederhana.

Perlawanan yang julung-julung kali diadakan pada hari Khamis adalah sebahagian daripada acara WWE Crown Jewel yang berlangsung di Stadium Antarabangsa King Fahd Riyadh, yang boleh menempatkan 68,000 penonton.

Bekas juara tinju Tyson Fury juga bertanding, mengalahkan Braun Strowman.

Natalya menewaskan Lacey Evans dalam pertandingan tersebut.

Kedua-dua ahli gusti kemudian bersama-sama peminat wanita dan mengambil gambar selepas perlawanan.

Jurulatih Arab Saudi, Mansoor, yang akan bertanding menentang Cesaro, memberitahu WWE.com bahawa ramai ahli keluarga keluarganya tidak sabar untuk menonton perlawanan itu secara langsung. – Agensi

Loading...