Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pantau Ketat Situasi Banjir...

ALOR GAJAH - Semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan agensi berkaitan...

Video: Khatib Temui Ajal...

RAKAMAN video memaparkan seorang khatib tiba-tiba rebah ketika menyampaikan khutbah Jumaat menjadi tular...

Jakim Harap Negeri Lain...

BANGI - Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berharap...

Mohamed Azmin Menghadap Sultan...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini...

Arab Saudi ‘Hadiah’ Iraq Stadium Terbesar Dunia

STADIUM terbesar di dunia dijangka dibina di Iraq, yang merupakan hadiah daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman.

Stadium yang mempunyai 135,000 tempat duduk itu dihadiahkan selepas Iraq mengalahkan Arab Saudi dengan 4-1 dalam perlawanan persahabatan, baru-baru ini.

Sebelum perlawanan, Raja Salman berjanji untuk membina sebuah stadium di Iraq sekiranya pasukan lawan berjaya memenangi perlawanan pada 28 Februari lalu.

Ia merupakan perlawanan antarabangsa pertama yang pertama di Iraq sejak campur tangan Kuwait pada 1990.

Arab Saudi melayakkan pasukan itu ke temasya Piala Dunia pada musim panas ini di Rusia, manakala Iraq terlepas peluang itu.

Dengan penuh yakin semasa perbincangan politik, Raja Salman berjanji kepada Perdana Menteri Irak, Haider al-Abadi bahawa baginda berjanji akan membina stadium berikutan kemenangan itu.

Al-Abadi yang mendedahkan berita itu berkata: “Saya menerima panggilan telefon daripada Raja Arab Saudi, Salman bin Abdul Aziz.


“Baginda memuji kemenangan Iraq (dalam perlawanan persahabatan) dan menyatakan tentang persiapan dan komitmennya untuk memperluaskan hubungan baik antara Iraq dan Arab Saudi dalam pelbagai peringkat.

“Ekonomi, komersial, komunal, budaya… di semua peringkat yang menarik bagi kedua-dua negara,” katanya.

“Baginda juga menawarkan sumbangan Arab Saudi untuk membina stadium utama di Iraq yang menempatkan 100,000 orang.

“Kita mengalu-alukan inisiatif ini dan ia dicadangkan kepada Kabinet,” tambah Al-Abadi. – The Sun UK/mStar Online

Kategori