Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Saksi Inkues Adib Tidak...

KUALA LUMPUR – Tidak wajar wujudnya niat untuk menyanggah keterangan yang diberikan oleh...

8 Pegawai Penjara Direman...

LAPAN pegawai penjara dan seorang pemandu wanita asing direman 6 hari bagi membantu...

[RASMI] BN Tambah Kerusi...

JOHOR BAHRU : Barisan Nasional (BN) menambah satu lagi iaitu kerusi Dewan Undangan...

Kumpulan Kedua Misi Kemanusiaan...

KAHERAH - MESIR. Kumpulan kedua Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza...

Arab Saudi Cipta Sejarah Lantik Wanita Ketuai Bank

ARAB Saudi melantik seorang wanita mengetuai sebuah bank, mencatat sejarah sebagai wanita pertama dilantik ke jawatan itu.

Ahli perniagaan Lubna al-Olayan akan menjadi pengerusi sebuah bank baharu yang lahir hasil penggabungan Saudi British Bank dan Alawwal Bank.

Pelantikan ini berlaku pada masa Saudi memulakan langkah liberalisasi terhadap masyarakat konservatif itu.

Beliau yang kini mengetuai sebuah konglomerat keluarga dianggap sebagai seorang tokoh ternama wanita dalam industri kewangan.

Olayan yang berpendidikan AS diletakkan di tangga teratas senarai wanita paling berpengaruh di Asia Barat bagi tahun 2018 oleh majalah perniagaan Forbes.


Pengiktirafan peranan wanita ini dilihat sebagai satu penentu dalam inisiatif modernisasi oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Penggabungan antara Saudi British Bank dengan Alawwal mewujudkan bank ketiga terbesar di Arab Saudi, dengan modal sebanyak AS$17.2 bilion. – Agensi

Kategori