Arab Saudi Benarkan Solat Tarawih Tapi Terhad Jemaah

KAHERAH – Raja Arab Saudi, Raja Salman membenarkan solat tarawih di kedua-dua masjid suci di Makkah dan Madinah, bagaimana menggesa ibadat itu tidak disertai ramai jemaah.

Justeru, solat tarawih di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada Ramadan ini tidak digalakkan ramai jemaah bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Dalam satu kenyataan media hari ini, Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais, berkata susulan perkara itu, penggantungan umrah masih dikekalkan sehingga kini.

“Kerajaan Arab Saudi merancang melaksanakan perintah berkurung pada jam-jam tertentu di beberapa bandar ketika Ramadan ini.

“Ini bagi membolehkan orang ramai keluar mendapatkan keperluan penting di dalam sempadan mengikut sempadan antara bandar,” kata Agensi Media Negeri (SPA), semalam. – Agensi

Loading...