Apple Sasar Lancar Perkhidmatan TV

APPLE Inc. menyasarkan untuk melancarkan perkhidmatan telivisyen yang mengandungi rancangan daripada CBS Corp., Viacom Inc. dan Starz Lions Gate Entertainment Corp. menjelang April atau Mei akan datang.

Apple telah lama dalam perancangan untuk menghasilkan perkhidmatan televisyen dengan membelanjakan $2 bilion (RM8.1 bilion) di Hollywood untuk menghasilkan kandungan sendiri selain menandatangani kerjasama dengan artis terkenal seperti Oprah Winfrey.

Perkhidmatan televisyen Apple dijangka dilancarkan secara global dalam usaha menyaingi perkhidmatan seperti Netflix Inc. dan Prima Video Amazon.com INC.

Malah, Apple turut menjelaskan, aplikasi Apple kini boleh dilanggan lebih 100 negara.

Oleh kerana pendapatan jualan iPhone yang merosot pada tahun 2018, langganan berbayar perkhidmatan televisyen ini telah mula menumpukan hasil sebagai ganti untuk kerugian yang dialami namun perancangannya untuk mengedarkan rancangan tersebut kekal rahsia.

Apple juga dalam perbincangan dengan HBO, sebahagian daripada WarnerMedia milik AT & T Inc., untuk menjadi sebahagian daripada rancangan dalam perkhidmatan televisyen Apple.

Pelancaran perkhidmatan televisyen diumumkan apabila Apple sedang meluaskan segmen perkhidmatannya yang telah mendapatkan jumlah $37.1 bilion fiskal dalam tahun 2018.

Wall Street Journal minggu ini juga melaporkan bahawa penerbit utama seperti New York Times dan Washington Post menyangkal syarat yang dicadangkan mengenai perkhidmatan berita berbayar daripada Apple yang mana Apple akan mengambil separuh daripada jumlah daripada langganan tersebut. – Agensi