Apple Perkenal Emoji Terbaharu Untuk iOS

BERSEMPENA Hari Emoji Sedunia pada 17 Julai lalu, Apple memperkenalkan pelbagai emoji baru pada platform iOS, macOS and watchOS.

Dengan ribuan emoji yang terdapat pada iPhone, iPad, Apple Watch dan Mac, pengenalan itu pastinya dapat menambahkan cara pengguna menyampaikan mesej melalui emoji dengan lebih menarik.

Antara emoji baru adalah Wanita Bertudung, Lelaki Berjambang dan Ibu Menyusukan Anak.

Manakala penambahan bagi kategori makanan pula seperti sandwich dan kelapa.

Selain itu, lebih banyak haiwan dan makhluk mitos ditampilkan merangkumi T-Rex, Zebra, Zombie dan Elf sebagai cara yang menyeronokkan untuk menggambarkan keadaan.

Emoji Star-Struck dan Exploding Head pula mampu membuat setiap pengguna lebih teruja untuk menghantar mesej dan perbualan. -MYNEWSHUB.CC

Sumber: Applenewsroom