Apple AirPods Atau Samsung Galaxy Buds Lebih Bagus?

PENGELUAR telefon pintar Apple melancarkan fon telinga tanpa wayar, AirPods sekitar dua tahun lalu.

Kini, pesaingya, Samsung turut memperkenalkan produk serupa dengan nama Galaxy Buds.

Apple sekali lagi menarik perhatian ramai pada minggu ini apabila ia memperkenalkan generasi kedua fon tanpa wayar itu yang digelar sebagai AirPods 2.

Sehubungan itu, penulis teknologi Forbes membuat perbandingan antara dua produk itu bagi mengenal pasti fon telinga tanpa wayar terbaik pada masa kini.

Menurut David Pholan, penggunaan AirPods lebih mudah untuk disambung secara tanpa wayar kepada peranti iPhone berbanding Galaxy Buds.

Dari segi keselesaan, dia berkata AirPods agak mudah untuk tercabut dari telinga.

Ia sekaligus meningkatkan risiko untuk item kecil itu hilang.

Namun katanya, sepanjang penggunaan, jarang sekali AirPods miliknya tercabut dari telinga.

Dia juga belum pernah kehilangan AirPods miliknya.

Biarpun begitu, dia memuji Galaxy Buds yang menawarkan ciri keselamatan ekstra yang mana ia begitu sukar untuk jatuh dan hilang.

Ujarnya, Galaxy Buds mempunyai klip untuk memastikan ia sentiasa melekat dengan selamat.

Dari segi kualiti bunyi, Pholan mengakui AirPods lebih bagus berbanding Galaxy Buds yang turut hadir dengan spesifikasi bunyi berkualiti tinggi.

Jelasnya, AirPods menghasilkan bunyi yang jelas, vokal yang padu dan memuaskan. – Forbes