Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Wang Kertas Bebas Unsur...

KUALA LUMPUR - Wang kertas negara bebas daripada lemak haiwan dan tidak mengandungi...

RM2 Bilion Dijimatkan Dalam...

KUALA LUMPUR - Kira-kira RM2 bilion dapat dijimatkan daripada kos sasaran awal projek...

2 Maut, 7 Parah...

PETALING JAYA - Dua maut manakala tujuh lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga...

Caj Rawatan Gigi Klinik...

PETALING JAYA - Caj rawatan gigi di klinik kerajaan akan naik mulai 1...

APMM Tahan Kapal Berlabuh Tanpa Izin Di Dungun

KEMAMAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal kargo bersauh tanpa kebenaran di perairan Dungun.

Pengarah Maritim Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid dalam satu kenyataan berkata kejadian itu berlaku kira-kira 10.45 pagi semalam selepas menerima maklumat daripada Jabatan Laut Wilayah Timur.

Katanya kapal pengangkut pasir Asia Star yang berdaftar di Panama itu telah bersauh tanpa kebenaran sejak 12 November lalu dan dikesan berada kira-kira 2.7 batu nautika Tenggara muara Kuala Dungun.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati kapal berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran untuk bersauh yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia. Semasa ditahan, terdapat 14 orang kru warga China berusia antara 22 hingga 59 tahun,” katanya.

Menurut Rashidilhadi, tiga kru kapal tersebut telah dibawa ke pejabat Zon Maritim Kemaman untuk siasatan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 49 1B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya. – BERNAMA

Kategori