Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Ketua Perundingan Damai Pemberontak...

BEIRUT - Ketua perunding perjanjian damai mewakili pembangkang Syria, Mohammed Alloush, mengumumkan meletakkan...

Tengku Abdullah Dipilih Ahli...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah...

Rasuah Dalam Kalangan Penjawat...

SHAH ALAM – Penglibatan kakitangan awam dalam kegiatan rasuah dalam tempoh lima tahun...

Guan Eng Tak Berani...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas Menteri...

APM Pantau Perkembangan Air Pasang

KUALA TERENGGANU – Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu akan menjalankan pemantauan dalam tempoh empat hingga enam jam sekali setiap hari bagi mengawasi fenomena air pasang besar.

Pengarahnya, Leftenan Kolonel Che Adam A. Rahman berkata fenomena itu telah bermula dan dijangka berakhir 28 Dis ini dengan pemantauan dilakukan kira-kira 9 malam tadi.

Katanya, setiap operasi membabitkan lapan hingga 10 anggota di setiap kawasan yang dipertanggungjawabkan melapor kepada bilik gerakan bencana di daerah masing- masing.

“Ada beberapa kawasan yang berisiko seperti Kuala Terengganu, Kuala Besut, Kuala Nerus dan Kemaman.

“Pemantauan berterusan perlu dilakukan dari semasa ke semasa bagi memerhatikan peningkatan air laut yang disebabkan pertembungan air laut dan hujan lebat,” katanya selepas meninjau keadaan air laut di Pantai Batu Buruk, Teluk Warisan dan Losong.


Sementara itu, Che Adam yang juga Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan berlaku banjir gelombang ketiga sekitar Januari depan dan pihaknya sentiasa merujuk perkembangan cuaca melalui Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

“MET Malaysia akan memaklumkan cuaca untuk tempoh antara minggu ke minggu dan jika berlaku ramalan dalam tempoh 24 jam amaran waspada atau sebaliknya akan dikeluarkan.

“Kita jangkakan gelombang ketiga akan berlaku lagi tetapi tidak ada tarikh yang spesifik berlakunya banjir,” katanya. – BERNAMA

Kategori