Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Jenazah 3 Beradik Disemadi...

PASIR SALAK — Tiga beradik yang maut akibat ditetak oleh seorang lelaki di...

Mayat Terbiar 2 Tahun...

MAINE (Amerika Syarikat) - Mayat seorang pesara guru muzik ditemui di rumahnya dua...

COVID-19: Wilayah Persekutuan Bermunajat...

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan program Wilayah...

Kabinet Bincang Kes Lelaki...

PUTRAJAYA - Kabinet dalam mesyuaratnya hari ini membincangkan kes seorang lelaki yang dijatuhi...

APM Bantu Jenazah Warga Emas Dibawa Guna Bot

TUMPAT – Jenazah seorang warga emas, Bidah Isa, 95, dari Kampung Bendang Pak Yong terpaksa dibawa keluar menaiki bot berikutan banjir yang mula melanda daerah ini sejak malam tadi.

Detik sukar itu terpaksa ditempuh keluarga Allahyarham Bidah bagaimanapun dengan bantuan bot Angkatan Pertahanan Awam (APM) Tumpat, jenazahnya itu berjaya di bawa keluar.

Cucunya, Awang Ismail, 54, berkata, neneknya, Bidah Isa, 95, meninggal dunia jam 5 pagi tadi akibat sakit tua.

Menurutnya, detik sukar bagi dia sekeluarga apabila mengiringi jenazah menaiki bot meredah air banjir sejauh satu kilometer untuk sampai ke tebing Jalan Kasban.

Katanya, jenazah neneknya itu pula perlu dibawa dengan trak APM untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pengkalan Kubor, kira-kira lima kilometer dari sini.


“Bila air banjir dah paras pinggang kami terputus hubungan, nak keluar ke mana-mana hanya dengan bot sahaja.

” Urusan pengkebumian perlu disegerakan dan terpaksa dibawa keluar dengan bot untuk di kebumikan di kawasan tidak dinaiki air di tanah perkuburan Islam kampung Pengkalan Kubor,” katanya.

Menurutnya, kawasan tanah perkuburan di kawasan Bendang Pak Yong dan kampung sekitar di pinggir sungai Golok semuanya ditengelami banjir dan jika ada kematian perlu mencari tanah perkuburan berdekatan yang tidak ditengelami air. -SINAR HARIAN

Kategori