Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tip Pemanduan Selamat Sempena...

PENULIS percaya kebanyakan daripada pemandu di luar sana pasti sudah tahu dan peka...

Projek KT Bypass Lewat,...

KUALA TERENGGANU - Projek pembinaan Kuala Terengganu Bypass (KT Bypass) yang sepatutnya siap...

Piala FA: JDT Hampir...

KUALA LUMPUR – Juara edisi 2016, Johor Darul Ta’zim (JDT) hampir dikejutkan oleh...

Ops BAH: 57 Individu...

KUALA LUMPUR - Empat remaja merupakan antara 44 individu yang ditahan dalam operasi...

Aplikasi MySejahtera Akan Ditambah Ciri Baharu – KJ

KUALA LUMPUR – Aplikasi MySejahtera akan ditambah baik dengan pengenalan ciri-ciri baharu bagi memudahkan penggunanya memaparkan status kesihatan mereka.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu hantaran Twitternya malam ini, berkata pasukan yang dipertanggungjawabkan akan memulakan proses penambahbaikan malam ini juga bagi memudahkan orang ramai memaparkan tahap risiko dan status vaksinasi masing-masing.

“Ini akan memudahkan kehidupan rakyat di tengah-tengah penularan pandemik COVID. Kami akan terus mengemas kini dan menambah baik aplikasi itu dalam minggu-minggu berikutnya,” katanya.

Khairy berkata, satu ciri terbaru dalam aplikasi MySejahtera ialah butang daftar keluar yang ditambah bagi menambah baik proses pengesanan kontak.

“Sebaik saja meninggalkan satu tempat, perlu sentiasa ingat untuk daftar keluar. Anda hanya perlu menekan satu butang, tiada imbasan diperlukan,” katanya.

MySejahtera ialah aplikasi yang dibangunkan kerajaan bagi membantu menguruskan kawalan wabak COVID-19 di negara ini. – BERNAMA

Kategori