Aplikasi Gerak Malaysia Paling Banyak Dimuat Turun

KUALA LUMPUR – Tiga aplikasi kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perkembangan COVID-19 di Malaysia menjadi aplikasi paling banyak dimuat turun oleh rakyat.

Berdasarkan laporan terkini SimilarWeb.com, aplikasi Gerak Malaysia mengungguli kedudukan di tempat pertama sebagai aplikasi paling banyak dimuat turun di Google Play Store, diikuti MySejahtera dan MyTrace.

Ini diikuti aplikasi Ultraman: Legend of Heroes dan NERF Epic Pranks! yang menduduki tempat lima teratas.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Senarai kedudukan itu berdasarkan faktor muat turun terkini dan pengguna aktif sepanjang tempoh 28 hari.

Bagaimanapun, laporan itu tidak memperincikan rekod jumlah muat turun sepanjang tempoh berkenaan.

Ketiga-tiga aplikasi kerajaan berkenaan adalah antara 100 senarai aplikasi baharu yang paling popular dikesan melalui sistem algorisma SimilarWeb.com.

Syarikat yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat itu menyediakan perkhidmatan laman web analitik untuk perniagaan dan pelanggan.

Ia termasuk data jumlah trafik laman web, sumber rujukan, analisis perkataan dan lain-lain kajian berkaitan laman web.

Aplikasi Gerak Malaysia dibangunkan bagi tujuan memudahkan urusan permohonan untuk mendapatkan permit pergerakan rentas negeri bagi orang ramai yang terkandas di kampung untuk pulang ke bandar sebaik sahaja PKP diumumkan pada 18 Mac lalu.

Memetik kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, pada sidang medianya semalam, aplikasi Gerak Malaysia dimuat turun 1.4 juta kali dengan sebanyak 503,276 permohonan pergerakan antara negeri diterima.

Aplikasi MySejahtera dan MyTrace, masing-masing berperanan hampir sama iaitu dibangunkan oleh kerajaan untuk membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri dan pengesanan kontak jangkitan wabak COVID-19. 

Loading...