Apakah Zakaria Dijadikan Korban Skandal FGV?

SPRM sedang menyiasat Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) berkaitan isu pelaburan bukan teras dan sangat mencurigakan membabitkan RM850 juta.

SPRM juga hampir selesaikan menyiasat Felda Investtment Corp. (FIC) dengan kemuncak penanahan reman bekas Pengerusi Felda, Tan Sri isa Samad. Ironinya nama Isa dikaitkan dengan kedua-dua kes kerana kedudukan sebagai Pengerusi ketika skandal ini terjadi.

Sementara itu, Pengerusi FGV, Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob, pula menjelaskan semalam, siasatan dalaman berkaitan salah laku pelupusan hutang tertunggak Safitex Trading LLC dijangka dimuktamadkan hujung bulan ini.

Dalam kes Safitex, Presiden dan CEO Felda, Datuk Zakaria Arshad dikaitkan dan diarahkan bercuti bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan.

Zakaria menerima sokongan kuat di luar Felda. Ada pembelaan politik yang kuat mengatakan: Zakaria mungkin dijadikan kambing hitam oleh Sulaiman dan enam rakan Lembaga Pengarah Felda.

Apa lagi, era ketika krisis antara bekas Pengerusi Felda, Isa dan Zakaria pada Jun lalu, Mahbob dan enam rakannya adalah Ahli Lembaga Pengarah FGV.

Sulaiman semalam berkata: “Keputusan mengenai kedudukan Zakaria dijangka akan dimuktamadkan hujung bulan ini.”

Pada 19 Julai lalu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah mengingatkan Sulaiman untuk berlaku adil dan tidak menjadikan Zulkifli sebagai mangsa.

Alasan Azwandi mudah: Zulkifli terdedah pada bahaya dianiaya kerana dia berdepan pasukan Lembaga Pengarah FGV yang dianggap proksi Isa.

“Sulaiman mahu mengambil tindakan ke atas Zakaria atas alasan sama seperti yang pernah dikemukakan bekas Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad mengenai salah laku rasuah membabitkan Zakaria.

“Sekarang kita dengar cerita Sulaiman juga mahu memecat Zakaria kemungkinan atas alasan sama ada menjawab persoalan rasuah yang pernah timbul dan isu utama sebelum ini atau pun cuba menutup sesuatu salah laku yang berkaitan rasuah beberapa ahli lembaga pengarah atau melindungi salah guna kuasa yang pernah di perkatakan,

“Ini menjadi persoalan yang perlu di perjelaskan oleh Sulaiman. Jika kita lihat dari segi imej Isa dan Sulaiman, keduanya mempunyai imej yang berbeza, tetapi mereka mempunyai integriti yang sama, dan jika ini berlaku sudah pasti saham FGV juga akan terus turun dan bukannya semakin pulih.”

Sulaiman dan rakan Lembaga Pengarah FGV perlu berhati-hati. Sekiranya timbul penganiayaan, persepsi awam dan pemegang saham terhadap FGV akan terus berada di tahap kritikal.

Malah, FGV mungkin terus dicurigai dan imejnya yang sudah musnah sekarang, tidak mungkin dapat dipulihkan lagi.

Menyembelih Zulkifli tidak akan menjadikan FGV kembali dilihat bersih dan suci. – MYNEWSHUB.CC

Loading...