Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Muat Naik Penyata KWSP,...

USAHAWAN terkenal, Dato' Sri Aliff Syukri Kamarzaman merupakan satu nama yang bagaikan sudah...

Shaheizy Sam Harap Syatilla...

SHAHEIZY Sam yang bakal mendirikan rumah tangga bersama pelakon jelita Syatilla Melvin mengatakan...

Saintis Dakwa Varian Covid-19...

BEIJING – Sekumpulan saintis dari China memberi amaran berkenaan varian terbaharu Covid-19 dinamakan...

LTTE: ADUN Gadek, 3...

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G Saminathan dan tiga...

Apa Sudah Jadi Dengan Kes Kematian Beng Hock?

KUALA LUMPUR – Sejak dua tiga hari ini, isu berkaitan misteri kematian Teoh Beng Hock kembali ‘panas’ apabila ahli keluarga mendiang membidas bagaimana kerajaan menyiasat kes itu.

Malah adik Beng Hock, Teoh Lee Lan memuat naik beberapa status dalam laman Facebook menyatakan kekecewaannya terhadap kerajaan yang telah mengklasifikasi siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kepada  Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Ironiya, siasatan kes itu sebelum ini dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai atau membunuh tanpa niat.

Namun kini ianya melalui Pejabat Peguam Negara, kes tersebut di siasat semula mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan iaitu menahan/mengurung secara salah yang telah disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula memberitahu, pihaknya sendiri tidak pasti mengapakah kes tersebut diklasifikasikan sedemikian rupa oleh Pejabat Peguam Negara.

Hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bangkit mendesak penjelasan daripada Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung arahan kepada polis untuk mengklasifikasikan semula siasatan mengikut Seksyen 342.

Beliau juga melahirkan rasa terkejut dengan arahan seumpama itu dan mahu penjelasan kerana ia bukan hanya sekadar kes kematian yang boleh dipandang ringan sebaliknya melibatkan kepentingan awam secara keseluruhan.

Lee Lan dalam salah status Facebook menulis dirinya cukup merindui mendiang Karpal Singh yang amat lantang dalam memperjuangkan kematian abangnya pada masa itu.

Malah Lee Lan juga menyoal bagaimana ketika ini bukan sahaja kes tersebut telah diklasifikasikan dengan seksyen berlainan sebaliknya juga sikap ‘berdiam diri’ segelintir pemimpin yang dahulunya lantang ketika masih bergelar pembangkang dalam isu Beng Hock.

Semalam, kecoh sekejap apabila Muhyiddin membuat kenyataan yang memberi gambaran permintaan oleh keluarga mendiang seolah-olah tidak berpuas hati tentang siasatan kematian Beng Hock walaupun telah menerima pampasan.

Namun kenyataan itu kemudian disanggah peguam keluarga Beng Hock merangkap Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh yang mengingatkan Muhyiddin keluarga mendiang hanya menuntut keadilan serta hak mereka selama ini.


“Keluarga Teoh tidak menuntut apa yang bukan hak mereka. Mereka sebenarnya menuntut keadilan dan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dalam memberikan keadilan dengan sebetulnya serta cekap dalam menyiasat kematian Teoh,” katanya dalam Facebook beliau.

Pagi ini pula, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang dulunya merupakan peguam keluarga kepada Beng Hock berkata, kenyataan Muhyiddin semalam tidak lebih daripada pandangan peribadinya sahaja.

Pengerusi Teoh Beng Hock Trust For Democracy, Ng Geok Chee memaklumkan klasifikasi semula itu bercanggah dengan penghakiman Mahkamah Rayuan pada 2014 yang memutuskan bahawa seorang atau lebih individu, termasuk pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyebabkan kematian Beng Hock.

Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan sama.

Mendiang ialah Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ean Yong Hian Wah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan ketika itu.

Muhyiddin juga semalam menegaskan, kerajaan telah melakukan sebaik mungkin dalam menyiasat kes kematian Beng Hock termasuk semua proses perundangan telah dipatuhi juga telah menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja selain pembayaran pampasan kepada keluarganya.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku sehingga Jabatan Peguam Negara membuat keputusan sedemikian yang pastinya menimbulkan rasa tidak senang dengan pihak yang memperjuangkan kematian Beng Hock.

Apa yang pasti DAP tidak akan sesekali berdiam diri tentang isu ini.

Kategori