Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Empat Pekerja Binaan Maut...

PUTRAJAYA - Empat pekerja binaan warga asing maut apabila lif pengangkut penumpang yang...

Aktiviti Pelancongan Sukan Perlu...

JELEBU - Aktiviti pelancongan sukan perlu diperhebatkan di seluruh negara kerana ia bukan...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di lima pusat pemindahan di Jasin...

Ringgit Melantun Semula Untuk...

KUALA LUMPUR- Ringgit melantun semula untuk dibuka tinggi pada sesi pagi hari ini...

Apa Sebenarnya Berlaku Pada Jamal Khashoggi?

JAMAL Khashoggi memasuki konsulat Arab Saudi di Istanbul pada tengah hari Selasa, 2 Oktober lalu.

Menurut pihak keselamatan Turki, beliau telah dibunuh di dalam bangunan konsulat sejurus masuk pada jam 1.14 tengah hari.

Menurut sumber perisikan Turki, Khashoggi dibunuh dan tubuhnya dipotong kepada beberapa bahagian dan dibawa keluar oleh pasukan ini.

Perisikan Turki mendakwa pasukan ini terdiri daripada pakar yang sudah merancang terlebih awal pembunuhan dan penghapusan bukti.

Selepas lebih seminggu tidak diketahui dengan pasti nasibnya, kemunculan laporan-laporan media mengaitkan pihak berkuasa Arab Saudi dengan pembunuhan itu semakin memanaskan keadaan.

Walaupun tidak ada bukti jelas pembunuhan, perisikan Turki dipercayai dan pihak Britain turut memberi maklumat yang sama.

Setakat ini, hanya pihak Turki yang mendedahkan maklumat, manakala Saudi enggan memberi maklumat malah ada kamera CCTV yang dikatakan tidak berfungsi pada hari kejadian.

Pendedahan maklumat 15 individu terbabit oleh pihak berkuasa Turki semakin meningkatkan tekanan pada kerajaan Saudi.

Kini, hubungan diplomatik antara Riyadh dengan Ankara semakin tegang, ekoran tumpuan seluruh dunia pada kerajaan Saudi dan tekanan agar pihak Saudi memberi bukti yang Khashoggi masih hidup.

Di bawah ini, lima fakta paling penting yang perlu diketahui tentang kes ini untuk mendapat gambaran lebih jelas apa dan kenapa ia berlaku.

1. Jamal Khashoggi ialah seorang elit Saudi yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga raja Saudi dan pernah menjadi editor media penting di negara itu.

Beliau juga rapat dengan ramai individu penting seperti Putera Turki al-Faisal dan Alwaleed bin Talal.

Khashoggi semakin kritis terhadap dasar Saudi termasuk di Yaman dan tekanan akhirnya menyebabkan beliau meninggalkan Saudi dan menetap di Washington.

Beliau sudah menetap di Washington selama lebih setahun selepas meninggalkan Arab Saudi.

Beliau menulis kolum di akhbar Washington Post. Beliau juga rapat dengan pegawai Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

2. Khashoggi hadir ke konsulat Saudi di Istanbul untuk mendapatkan dokumen mengesahkan yang beliau tidak mempunyai isteri, untuk membolehkannya berkahwin dengan tunangnya warga Turki, Hatice Cengiz.

Beliau telah hadir sebelum itu pada 28 September tanpa temujanji dan diminta hadir semula untuk mendapatkan dokumen yang telah sempurna beberapa hari selepas itu.

Khashoggi dilaporkan diberitahu urusan itu lebih mudah dilakukan di konsulat Saudi di Istanbul.

Beliau berhubung dengan seorang bernama Sultan, yang dikatakan seorang pegawai perisikan.

Bagaimanapun, selepas siasatan bermula, individu tersebut gagal dihubungi dan konsulat Saudi enggan mendedahkan identiti pegawai yang berurusan dengan Khashoggi.


3. Pihak berkuasa Turki mendedahkan satu pasukan 15 orang tiba di Istanbul sebelum pembunuhan dan meninggalkan negara itu selepas Khashoggi dilaporkan tidak dapat dikesan pada hari beliau memasuki konsulat.

Mereka memasuki konsulat sekitar masa yang sama Khashoggi dilihat masuk. Akhbar Turki, Sabah mendakwa mereka ialah anggota perisikan dan termasuk seorang pakar forensik.

Pihak berkuasa Turki mendedahkan dapat mengesan kenderaan yang membawa mereka keluar dari kedutaan, manakala sebuah van lagi turut dilihat keluar pada masa yang sama.

Hampir kesemua mereka menaiki pesawat peribadi milik sebuah syarikat milik kerajaan Saudi.

4. Khashoggi meninggalkan dua buah telefon bimbit pada tunangnya semasa memasuki konsulat.

Beliau juga memakai jam tangan Apple yang disambungkan secara elektronik dengan telefon bimbitnya.

Peranti ini dapat mengesan lokasi dan degupan jantung pemakai. Maklumat yang boleh diperolehi daripada jam tangan ini kini dalam siasatan pihak keselamatan Turki.

Maklumat ini bagaimanapun bergantung pada model jam tangan tersebut, lokasi jam dengan telefon dan tetapan lain.

5. Keadaan menjadi semakin genting akibat pendedahan demi pendedahan dan perhatian media antarabangsa terhadap peristiwa ini.

Lokasi kejadian menyukarkan pihak Saudi untuk melepaskan diri daripada dikaitkan.

Hubungan yang selama ini kurang mesra antara Turki dengan Saudi juga mendorong penyelesaian semakin sukar.

Turki dan sekutunya Qatar bersaing hebat dengan Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu di rantau Asia Barat dan sekitarnya.

Amerika Syarikat juga didesak bertindak mendesak Saudi menjelaskan apa yang berlaku.

AS ialah sekutu paling rapat Saudi pada masa ini, ditambah lagi dengan hubungan rapat pentadbiran Trump dengan kerajaan Saudi.

Kejadian ini dijangka akan menjadi satu peristiwa yang menjejaskan kedudukan Arab Saudi yang semakin tertekan akibat pelbagai isu.

Riyadh akan semakin sukar melepaskan diri sekiranya dakwaan Khashoggi dibunuh di dalam bangunan konsulat terbukti benar.

Kerajaan Saudi sebelum ini menahan perdana menteri Lubnan, dan semakin ditekan ekoran perang di Yaman. Kes Khashoggi menyebabkan tumpuan semakin rapat pada kerajaan Saudi. – Mynewshub.tv

Kategori