Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pakatan Rakyat Sarawak Di...

KUCHING -- DAP Sarawak hari ini menyatakan ia menghentikan semua komunikasi dengan PAS...

Nasi Rasa Aneh, Beras...

JAKARTA - Ketika Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia memantau ketat...

MTUC Mahu Elaun Cola...

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengemukakan beberapa cadangan demi manfaat...

8 PATI Warga Myanmar...

KUALA TERENGGANU - Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar diberkas kerana...

Apa Sebalik Provokasi Berterusan Cetus Kemarahan Orang Melayu

KETEGANGAN tercetus selepas exco kerajaan negeri Selangor, V Ganabatirau menuduh sekumpulan orang Islam menyerang Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya, awal pagi tadi.

Walaupun dakwaan tidak berasas itu sudah disunting, wakil rakyat kerajaan Pakatan Harapan itu sudah menyimbah minyak pada api yang tercetus itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor telah menafikan ada unsur perkauman dalam insiden itu.

“Dalam kes ini, tidak ada unsur perkauman terbabit dan apa yang berlaku hanya perselisihan faham antara dua kumpulan saja. Kejadian ini adalah kes terpencil yang berkaitan dengan isu pemindahan kuil berkenaan.

“Orang ramai diminta menghentikan status atau mesej tular yang mengaitkan kejadian itu dengan isu perkauman. Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana individu yang cuba mencetuskan ketegangan kaum dan ketenteraman awam berhubung isu berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Subang Jaya, hari ini.

Mungkin niatnya tidak dapat diketahui, tetapi apabila dicantum semua peristiwa melibatkan kenyataan dan tindakan yang boleh mencetus ketegangan kebelakangan ini, dapat dilihat seperti ada usaha terancang memprovokasi umat Islam.

Kes Edi Rejang terus membingungkan banyak pihak, hingga ada yang mendakwa peristiwa itu dirancang dan dilakonkan untuk mengalih tumpuan daripada kemarahan terhadap P Waytha Moorthy.

Kepelikannya bermula dengan masa kejadian itu berlaku, tindak balas segera pihak DAP dan kemudian dakwaan pelaku kejadian itu sukar ditemui, seolah-olah disorok.

Dalam kes keganasan di kuil Seafield tersebut, orang Melayu pula dijadikan sasaran kecaman oleh exco berbangsa India itu.


Dengan tidak semena-mena, kemarahan orang Melayu diprovok walaupun tidak terlibat dalam insiden itu.

Nampaknya kemarahan orang Melayu sengaja dijolok seperti mahu insiden lebih buruk berlaku dan peristiwa yang berlaku boleh dijadikan bukti tanggapan buruk mereka terhadap orang Melayu.

Kita boleh perhatikan sendiri, sejak PH menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 dan membentuk kerajaan di Putrajaya, sudah terdedah sikap golongan tersebut terhadap orang Melayu.

Orang Melayu mesti berhati-hati dengan apa yang sedang berlaku dan kemungkinan sedang dirancang ini, agar tidak terpedaya dan menjadi mangsa.

Sekiranya keganasan tercetus, seluruh media mereka yang akan mempersalahkan orang Melayu dan ini akan turut disambut oleh orang sesetengah orang Melayu sendiri.

Media asing tentulah akan mengambil sikap menyalahkan orang Melayu yang akan dilabel tidak toleran, pelampau dan ganas.

Jika ini terjadi, amat mudah bagi mereka meneruskan rancangan memburukkan lagi orang Melayu dan meneruskan agenda meminggirkan lagi Islam dan Melayu. – Mynewshub.tv

Kategori