Apa Sebabnya CEO LHDN ‘Bekeng’ Sangat Dengan Bossku Ini?

Tulisan: Azwan Omar

NOTIS Kebankrapan yang dihadapkan pada mantan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Najib Razak adalah satu tindakan yang mengejutkan ramai pihak.

Benar, beliau kini menghadapi cabaran kes-kes mahkamah beliau. Benar juga keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tahun lepas yang mengarahkan beliau untuk membayar jumlah penalti taksiran cukai pendapatan beliau sebanyak RM1.69 billion.

Billionaire terkaya di dalam negara ini pun tidak dikenakan cukai dan penalti berjumlah sebegini rupa.

Benar juga yang Hakim yang sama di dalam keputusan diatas menyatakan Datuk Seri Najib Razak berhak sebagai pembayar cukai untuk merayu di Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan berkenaan amaun penalti yang dikenakan.

Benar juga yang Datuk Seri Najib Razak telah membuat rayuan rasmi kepada Pesuruhjaya Khas Cukai untuk satu rundingan diadakan.

Mengapa LHDN yang dipimpin oleh CEO Melayu ini bertindak di luar kebiasaan untuk terus mengeluarkan Notis Kebangkrapan?

Bukankah melalui rundingan, peluang untuk LHDN mengutip cukai dan penalti lebih tinggi. Bukankah itu sebenarnya mandat LHDN untuk mengutip hasil negara demi dibelanjakan untuk rakyat?

Apakah Keputusan CEO LHDN ini sebagai bentuk amaran kepada mereka yang cuba lari cukai?

Okay, bolehlah terima alasan ini, tapi mengapa Datuk Seri Najib Razak sebagai contoh? Individu tau, bukan syarikat ini.

Apa tiada syarikat besar lain untuk dijadikan contoh? Aku ada baca di suratkhabar yang Maxis juga dikenakan penalti cukai pendapatan.

Apakah CEO LHDN akan buat konsep “bayar dulu, runding kemudian” pada Maxis juga? Beranikah beliau untuk ‘cross’ dengan syarikat gergasi ini?

Atau adakah sebenarnya ini satu balas dendam dikalangan elit professional Melayu kepada Datuk Seri Najib Razak?

Semua tahu yang Datuk Seri Najib adalah pengkritik terkuat KWSP dalam isu i-Sinar. Isu ini telah mendapat sokongan rakyat. Kelemahan menguruskan isu ini membuatkan CEO KWSP ditukarkan.

Apakah CEO LHDN sanggup melaksanakan KEZALIMAN ini sebagai balasan kerana rakan dia si CEO KWSP ditukarkan?

Maklumlah, geng elit-elit Melayu yang menikmati gaji puluhan ribu sebulan dan mereka ini sangat menyokong satu sama lain.

Golongan ini lah yang menguasai institusi-institusi penting negara termasuklah GLIC dan GLC negara. Sebab itu pertukaran Pengerusi, Lembaga Pengarah dan CEO sesama mereka, merentas entiti adalah normal.

Mereka ini lah yang beroleh manfaat dari dasar-dasar Kerajaan BN seperti DEB, DPN, Wawasan 2020, termasuklah era Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan Model Ekonomi Baru, GTP dan ETP.

Aku tidak tahu sebab apa sebenarnya, cuma macam aku tanya diatas, apakah sebabnya CEO LHDN ini ‘bekeng’ sangat dengan Bossku ini?

Maka lepas ini kena konsisten, kalau ada yang jenis lari cukai pendapatan, waima kecil, besar, marhaen, elit, tycoon, penjawat awam, SME, GLC dan Konglomerat besar pun, harus kena macam Bossku juga.

Ingat pada Kesaksamaan di sisi undang-undang!

https://www.facebook.com/1368913965/posts/10225792479383221/?d=n