Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kaunselor Kedutaan Korea Utara...

KUALA LUMPUR - Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia Kim Yu-song berang apabila...

Ben Nathan Alami Tekanan...

PRESIDEN Yayasan Artis 1Malaysia, Datuk DJ Dave mendedahkan penyanyi popular era 1980-an, Ben...

Kelulusan Kerajaan Akan Jejas...

KUALA LUMPUR - Walaupun aplikasi khidmat kongsi sewa, Uber, menyambut baik keputusan kerajaan...

Warisan Bakal Bertanding Di...

Kulai : Parti Warisan (Warisan) berkemungkinan meletakkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri...

Apa Releven CNN Tiba-Tiba Promosi Jabhat An Nusra?

AGAK memeranjatkan apabila CNN dalam program popularnya menyiarkan temubual eksklusif dengan wartawan Norway mengenai pengalaman bersama kumpulan bersenjata Jabhat An Nusra.

An Nusra antara kumpulan bersenjata di Syria yang menentang Rejim Bashar Assad tetapi tidak bersekutu dengan Syria Liberation Army (SLA). Malah, pada masa yang sama bermusuh dengan Daesh.

An Nusra menjadikan Perang Sivil Syria terbelah empat: selain kewujudan SLA dan Daesh di pihak penentang Rejim Assad.

Mengapa tiba-tiba An Nusra timbul setelah media Barat melupakan SLA yang selama ini dipromosi sebagai kumpulan arus perdana yang memerangi Rejim Assad?

Sungguh mengejutkan, apabila program eksklusif Amanpour menjemput wartawan Norway, Paul Refsdal ke studio untuk berkongsi pengalaman sepanjang bersama pejuang jihad An Nusra di garisan depan perang Syria.

Malah, Refsdal pula mendedahkan, rakaman dokumentarinya dibuat secara eksklusif. Dia menyusup masuk dan merakamkan aktiviti perang barisan elit An Nusra, termasuk skuad Pengebom Bunuh Diri.

Bukankah An Nusra sebelum ini dianggap sama berbahaya seperti Daesh kerana terlibat dengan pelbagai kejadian serangan terhadap gereja dan pembunuhan paderi Syria?

An Nusra sama ganas dengan Daesh. Walaupun pemimpinnya Abu Muhammad Al Julani dilihat tidak sebulu dengan Abu Bakar Al Baghdadi.

An Nusra mengamalkan polisi yang sama: Menggerakkan Skuad Jihad dalam pelbagai operasi pengeboman berani mati terhadap orang awam.

Malah, rekod pembunuhan An Nusra terhadap minoriti Kristian Syria sangat buruk.

Apabila Refsdal bersiaran secara live di studio CNN, dan menggambarkan misi pengebom berani mati An Nusra sebagai perjuang yang kasual dan menjalankan misi urusan perniagaan, ia amat mencurigakan.

Dunia tidak memerlukan promosi bagi gerakan bersenjata yang melancarkan pembunuhan awam. Apa lagi, bagi dunia Islam yang menolak apa juga bentuk kewujudan Negara Islam yang berteraskan keganasan dan pembunuhan.

Ingat! An Nusra juga mahu menubuhkan Negara Islam di Syria melalui kekerasan. An Nusra mengamalkan hukuman mati termasuk pada orang Islam yang menentang mereka!


Mengapa Media Barat Melupakan SLA?

Pejuang SLA selama ini sah-sah ditaja secara kewangan dan persenjataan oleh Barat. Malah, banyak inteligen CIA dan MI5 berada di sempadan Turki-Syria membantu SLA mengatur taktik perang pada peringkat awal kewujudannya.

Malah Sekutu Barat, mendesak Turki memberikan perlindungan politik kepada pemimpin SLA. Namun, sekelip mata selepas gagal menewaskan Assad, Barat menyisihkan SLA.

Kini SLA hampir lumpuh kerana perpecahan politik di kalangan gabungannya.

Selama SLA diabaikan, Barat sangat agresif menggunakan rangkaian medianya untuk menghentam Daesh.

Soalannya: Mengapa pada 1.30 pagi Sabtu, wawancara yang pro An Nusra disiarkan untuk tatapan seluruh dunia?

Hati-hati! Tindakan tiba-tiba mempromosi An Nusra yang terkenal kejam dan sama ganas dengan Daesh pastinya sesuatu yang sangat mencurigakan.

Refsdal mungkin tidak mencari publisiti murahan. Dia sudah terkenal kerana ada rekod pernah ditawan Taliban di Afganistan pada 2009. Namun, dibebaskan setelah dibayar tebusan.

Keberanian Refsdal menyusup masuk ke garisan tempur Syria bukan hal aneh.

Cuma, apabila Refsdal muncul dan mempromosi An Nusra – ia memang mencurigakan! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori