Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jika Najib Bukan Dalam...

Jika mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan di penjara, pasti...

Marah Sangat Mak Cik...

ALAHAI... Satu rakaman video yang dimuat naik menerusi laman Perkongsian Info memaparkan babak...

Sindiket Tipu Wakaf Telaga...

KUALA LUMPUR - Sikap dermawan rakyat Malaysia membantu pembinaan telaga di Kemboja bagi...

Pengantin Baru Habiskan Bulan...

Haryana – Pengantin baru ini mempunyai cara tersendiri untuk berbulan madu. Mereka tidak...

“Apa Nasib Kakitangan Malaysia Airlines Nanti…”

SHAH ALAM – Persatuan Pekerja Bersara Malaysia Airline Berhad (Masra) melahirkan kebimbangan terhadap nasib kakitangan tidak terbela dan status Malaysia Airline Berhad (MAB) sebagai syarikat penerbangan kebangsaan akan hilang jika diambil oleh syarikat asing.

Presiden Masra, Abdul Razak Hashim berkata, MAB sepatutnya dikendalikan oleh rakyat tempatan yang berkebolehan dan sebelum ini telah terbukti menerajui syarikat tersebut.

“Jika ada orang mahu beli MAB, apa nasib 13,000 kakitangan yang ada ketika ini, adakah MAB akan terus diiktiraf sebagai syarikat penerbangan kebangsaan, jadi kita hendak tahu siapa pelabur baharu dalam MAB adakah syarikat dalam negara atau luar negara.

“Jika ingin jual kepada pihak asing, kerajaan perlu lakukan dengan beri syarat kepada pembeli supaya mengadakan dalam bentuk usahasama yang mesti melibatkan pemegang saham tempatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kerajaan kini tidak mampu untuk menyelamatkan MAB dan sedang mengkaji sama ada perlu menjual atau tidak syarikat itu.

Dalam pada itu, Abdul Razak berkata, terdapat pihak telah menawarkan dana kepada Masra untuk mengambil alih MAB dan membolehkan syarikat tersebut menjana keuntungan semula.

“Tetapi kami ingin melihat terlebih dahulu maklumat kewangan MAB supaya dapat membuat penilaian yang lebih menyeluruh terhadap syarikat ini.


“Kami sebelum ini telah dimaklumkan bahawa MAB mampu untuk memenuhkan sebanyak 78 peratus penumpang dan sepatutnya berdasarkan angka ini, MAB boleh mendapat keuntungan,” katanya.

Jelas beliau, Masra kini mempunyai seramai 1,400 orang ahli yang terdiri daripada bekas-bekas pengurusan tertinggi termasuk jurutera dan bekas juruterbang yang berpengalaman tinggi mendesak supaya pengurusan MAB ditukar.

“Saya sendiri yang merupakan juruterbang MAS dan pernah berkhidmat di bawah kepimpinan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman dan pernah mendapat bonus pada waktu itu. Ini membuktikan bahawa orang tempatan mempunyai potensi untuk mengendalikan MAS,” katanya. – Sinar Harian

Kategori