Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Hudud: Sabah, Sarawak Mungkin...

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor berpendapat, Sabah dan Sarawak berkemungkinan...

Junta Tentera Batal Larangan...

BANGKOK - Thailand akan mengadakan pilihan raya umum yang tertangguh pada 24 Februari...

Keluar Mengundi Ikut Masa...

JOHOR BAHRU : Pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini digalakkan supaya...

Johari Dilantik Ahli Lembaga...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani dilantik sebagai Ahli...

Apa Moral Standing PPBM Untuk Terus Memerintah?

Ketua Penerangan PBBM, Datuk Wan Saiful dakwa Najib tidak ada ‘moral standing‘ untuk menegur kerajaan hari ini.

Kalau begitu, apakah PPBM ada “moral standing” untuk memerintah dan terus jadi kerajaan?

Terbaru ialah pendedahan Hamid Bador. Dia tuduh Menteri dari PPBM melakukan banyak campur tangan politik dalam urusan PDRM.

Bahkan Hamid mendedahkan isu katak dalam PPBM. Dia dakwa isu katak babitkan soal rasuah. Hamid yakin, sebab itu dia minta SPRM siasat.

Lagi pun apa moral standing PPBM untuk terus jadi kerajaan? Majoriti kerajaan hari ini jadi tanda tanya.

Kalau ada moral buat segera sidang Parlimen. Biar Parlimen tentukan majoriti sebenar kerajaan pimpinan PPBM.


Ini belum lagi menyebut kegagalan Kerajaan PN dalam memerangi COVID-19, memulihkan ekonomi dan mengatasi masalah rakyat yang kehilangan pekerjaan.

Apakah Najib tidak ada moral standing untuk menegur kerajaan hari ini yang gagal tarik pelabur asing dan kehabisan duit kerana tidak teruskan GST?

Apatah lagi Kerajaan PN terus meningkatkan hutang negara, jual aset dan ambil duit Kumpulan Amanah Wang Negara (KWAN).Sebab itu UMNO tarik diri daripada Kerajaan PN.

MOHD PUAD ZARKASHI

Kategori