Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jackie Jalani Pembedahan, Tapi...

PELAKON kung fu Hong Kong kegemaran ramai, Jackie Chan masih lagi bergiat aktif...

PKR Yakin Sokongan Rakyat...

KLUANG: PKR Johor yakin sokongan rakyat negeri ini terhadap Pakatan Harapan (PH) masih...

Pengeluaran Getah Asli Negara...

PUTRAJAYA: Pengeluaran getah asli Malaysia merosot 13.7 peratus kepada 23,460 tan pada April...

Rakyat Menanti Pemansuhan Kutipan...

SEPERTI biasa selepas selesai Pilihan Raya Umum (PRU) dan pembentukan kerajaan, perkara yang...

Apa Kerajaan PH Buat Untuk Rakyat? – Najib

BIDAS… Datuk Seri Najib Tun Razak sangkal kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dakwa konon insentif kerajaan boleh menyebabkan rakyat jadi pemalas bergantung kepada bantuan.

Menerusi hantaran terkini dalam akaun sosial Facebook milik peribadinya itu lewat semalan, bekas perdana menteri tersebut berkata, adalah tanggungjawab kerajaan bantu rakyat miskin untuk keluar daripada masalah berkenaan.

“Baru semalam dalam FB Live saya ada bercakap mengenai perlunya kerajaan pada hari ini untuk fikirkan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan tingkatkan usaha beri bantuan,” komen mantan menteri kewangan tersebut.

Namun semalam, katanya, keluar kenyataan bahawa kerajaan bayangkan untuk hentikan subsidi, kononnya ia sebabkan rakyat tidak mampu fikir, jadi malas, kurang berdikari dan duduk tidak buat kerja pun boleh dapat duit.

“Kerajaan BN (Barisan Nasional) dulu tidak pernah kata pemberian bantuan atau ‘subsidi’ seperti BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) ini untuk menggantikan gaji atau sumber pendapatan seseorang.

“Kita buat adalah sebagai social safety net (jaringan keselamatan sosial) untuk bantu mereka yang miskin bagi lengkapkan apa yang mungkin kurang daripada pendapatan harian mereka selama ini.

“Inikah yang dimaksudkan subsidi buat rakyat tidak mampu berfikir?” kata Najib dalam nada kesal merujuk inisiatif BR1M diperkenalkan Bank Negara Malaysia pada 2014 untuk tolong golongan berpendapatan rendah.


“Ada satu kisah benar di mana seorang penerima bantuan subsidi mesin jahit, dia kemudian boleh buat meniaga hanya dari rumah, tak perlu lagi kerja malam, dia malah cukup gembira.

“Inikah yang dimaksudkan subsidi buat rakyat tak mampu berdikari?” soal Najib lagi dalam nada sindiran terhadap pihak PH kerana cuba perlekeh usaha murni dilaksanakan kerajaan BN terdahulu..

Kata beliau, sudahlah harga barangan makin hari makin naik, ekonomi kian teruk, nilai ringgit pula semakin jatuh, pendapatan negara pun kurang apabila PH bertindak gantikan sistem percukaian GST dengan SST.

Setiap hari rakyat, kata Najib, dihina oleh kerajaan PH dan beliau melontarkan pertanyaan cepumas: “Apakah sebenarnya kerajaan hari ini buat untuk negara, untuk rakyat Malaysia?”

Kategori