Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hamil Anak Pelajar 13...

SEORANG guru wanita di Texas, Amerika Syarikat ditahan pihak polis dan didakwa atas...

Azmin Anggap Pemimpin PAS...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mencemuh pemimpin...

Kes Gadis Mati Didera:...

KEMAMAN - Polis telah merakamkan percakapan lima individu termasuk jiran tetangga gadis yang...

Anjing Mohon Simpati, Kepala...

CHINA - Seekor anjing terbiar masih hidup walaupun kepalanya ditembusi sebilah anak panah. Portal...

Apa Kaitan Perebutan Kuasa UMNO 1986 Dengan Kes SRC? – Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan kaitan isu perebutan kuasa UMNO pada 1986 dengan kes pertuduhan membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC) yang dihadapi ketika ini.

Najib membalas soalan yang dikemukakan oleh Peguam Negara, Tommy Thomas ketika pemeriksaan balas dengan menyoal kembali sama ada ia relevan dengan kes yang dibicarakan.

Thomas: Ketika (perebutan kuasa antara) Team A dan Team B UMNO pada 1986, adakah kamu menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad melawan Tengku Razaleigh?

Najib: Saya tak pasti, itu relevan ke, itu persoalan politik? Yang Arif, perlukah saya jawab?

Bagaimanapun Thomas mempertahankan soalan yang diajukan sebagai relevan malah memberi penegasan Ahli Parlimen Pekan itu perlu menjawab setiap soalan yang diaju selagi tiada bantahan daripada pasukan pembelaan.

Najib akhirnya akur dan menjawab beliau menyokong Tun Dr. Mahathir.

Dalam pada itu, ketika pemeriksaan utama oleh peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Najib berkata, alasannya mengkritik tindakan Tun Dr. Mahathir atas faktor ‘sweetheart deals’ atau rundingan terus, melibatkan pengeluar tenaga bebas (IPP) mengakibatkan negara menanggung perbelanjaan berbilion ringgit.

Ini kerana katanya, peruntukan atau terma yang diluluskan adalah berat sebelah kepada syarikat yang mempunyai IPP.


Muhammad Shafee: Siapa yang rugi jika berat sebelah?

Najib: Kerajaan dan rakyat sebab ramai tak tahu Petronas beri gas. Walaupun ramai kutuk 1MDB tetapi ia banyak menjimatkan wang negara iaitu lebih kurang RM10-15 bilion setahun.

Muhammad Shafee: Bila ‘deal’ itu dibuat?

Najib: Ketika zaman pentadbiran Perdana Menteri ke-4 yang juga merupakan Perdana Menteri ke-7 ketika ini.

Pada 11 November lalu, Najib diperintah membela diri terhadap tiga tuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dengan dana SRC International setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang berlangsung. – Sinar Harian

Kategori