Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Kakak Campak Adik...

VIDEO yang semakin mendapat perhatian netizen di laman sosial ini ternyata suatu perkara...

Tertuduh Pindah Mayat Morais...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu seorang tertuduh telah memindahkan mayat...

1MDB Selesaikan Tunggakan RM12.35b...

1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah mengumumkan penjualan 60% daripada ekuitinya dalam Bandar Malaysia...

Celcom Tawar Edisi Khas...

KUALA LUMPUR - Celcom Axiata Bhd. akan menawarkan pakej menarik edisi khas iPhone...

Apa Juga Alasan: Tak Berbaloi Guru Masuk Jel!

PERBINCANGAN isu guru menghukum pelajar tidak akan menemui titik diskusi yang releven sekiranya fokus utama topik ini, tidak dijadikan asas dalam berhujah.

Dalam artikel Sekolah Bukan Mahkamah: Guru Bukan Hakim! respons pembaca di Facebook Mynewshub agak sarkastik.

Baca: Sekolah Bukan Mahkamah; Guru Bukan Hakim!

Teguran melarang guru menghukum pelajar disambut dengan nada sinis – termasuk hujah: “Kalau sekolah bukan mahkamah, jadi biarlah pelajar buat suka hati!

Apa Juga Alasan: Tak Berbaloi Guru Masuk Jel!

Malah, lebih daring: “Kalau begitu mak bapa saja ajar anaknya!”

Apa Juga Alasan: Tak Berbaloi Guru Masuk Jel!

Apa Juga Alasan: Tak Berbaloi Guru Masuk Jel!

Apa Juga Alasan: Tak Berbaloi Guru Masuk Jel!

Isu sebenar ialah bukan hukuman, tetapi cara menghukum. Soal hukuman merotan atau didenda terhadap pelajar, mestilah mengikut Pekeliling Garis Panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah dirujuk. Justeru, menampar muka atau kepala, merotan bertubi-tubi di bahagian sensitif, malah didenda berdiri di atas meja atau kerusi juga sudah tidak relevan.

Apa yang disarankan ialah: Jangan menghukum pelajar di luar garis panduan. Melakukan sesuatu yang menyeret guru pada perlakuan jenayah atau diklasifikan sebagai tindakan mendatangkan kecederaan, hanya akan menyeret guru ke mahkamah.

Ambil masa sebentar berfikir. Sekali pun atas niat semurni mana pun: Apakah berbaloi sekiranya ia berakhir di mahkamah?

Tentera Kacang Merah yang menyerang tulisan semalam harus bersikap munasabah: Teguran terhadap tindakan mendatangkan kecederaan mesti dibuat. Kita tidak mahu atas alasan mendisiplinkan pelajar, hukuman berakhir dengan perbuatan jenayah!

Soal guru menganggap ibu bapa seperti melempar anak ke sekolah dan menyerahkan tugas mendidik secara total kepada guru juga satu analisis tidak berasas. Fungsi guru di sekolah tertakluk pada etika dan garis panduan profesional. Guru ada cara bekerja. Cuma, sekiranya mahu melaksanakan kerja perguruan sebagai jihad – silakan.

Namun, sekiranya ada guru berasa sekadar bekerja demu makan gaji bulan sahaja – pun masih tidak salah. Profesionalisme membenarkannya. Namun, tidak ada alasan untuk bertindak di luar batas. Kita tidak mencela tindakan guru mendisiplinkan pelajar. Isu berbangkit ialah: Apabila tindakan itu menjurus pada keganasan.


Guru ada pilihan. Kalau dirasakan hendak mendisiplinkan pelajar, guru perlu bertindak sampai macam Yahudi mabuk, eloklah resign. Sebab nanti akan ada pelajar jadi mangsa dan kerjaya seorang guru pula berakhir di penjara.

Saya ambil contoh. Sekali pun murid itu celupar, mengeluarkan kata-kata kesat dan bersolek atau bergaya seperti GRO ke sekolah, sudah pasti ada garis panduan Pekeliling KPM untuk tindakan disiplin.

Walaupun tercabar atau tercalar dengan kata-kata pelajar, undang-undang tidak membenarkan tindakan fizikal termasuk menampar muka.

Kerjaya guru memang mencabar. Namun, ia perkara yang diketahui setiap calon guru. Anda memilih jadi guru – jadi anda kena akur dengan cabaran yang dihadapi. Anda tidak boleh menganggap sekolah ialah tempat ibu bapa melempar anak-anak untuk menjadi beban pada guru mendidik!

Guru kena berjiwa besar. Orang sangap jangan jadi guru. Jadi bouncer kelab malam!

Kalau terbeban dengan tanggungjawab mendidik; anda salah pintu kerjaya. Perguruan tidak memerlukan penjawatnya bertindak emosi semata-mata kerana pelajarnya biadap. Sistem pendidikan yang beretika tidak menerima budaya membelasah pelajar sekali pun terhadap pelajar itu dianggap biadap!

Sekolah bukan jalanan!

Seperti juga kita tidak suka polis bertindak sesuka hati konon alasan menjaga negara, kita juga tidak suka guru mengunakan kuasa tanpa mengambil kira undang-undang negara!

Tidak berbaloi semata-mata kes berpakaian seksi, murid ditampar tiga kali. Sekiranya ibu bapa membuat laporan polis, dan siasatan menemui cukup bukti perlakuan jenayah – guru pasti diseret ke mahkamah.

Ingat! Kita ada kes pelajar mati di pukul guru agama di Jejawi, Perlis pada 4 April 2011. Meski pun kes itu berlaku di Sekolah Agama Rakyat, namun tidak salah kita jadikan ikhtibar.

Tidak perlu melenting dan bereaksi seperti Bani 10 Yahudi mabuk. Sebab nasihat kita ialah: Adakah berbaloi guru bergari naik turun mahkamah kerana alasan mendisiplinkan pelajar? – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori