Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nur Misuari Muncul Semula,...

MANILA - Pemimpin puak pemisah Islam Filipina, Nur Misuari, muncul semula selepas tiga...

Amuk Kerana Hidangan Kacang,...

Seorang wanita yang juga bekas eksekutif syarikat penerbangan nasional Korea Selatan, Korean Air...

Kemenangan Halimey Jadi Suntikan...

PETALING JAYA – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemenangan calon...

PDRM Diarah Siasat Ugutan...

BAGAN DATUK - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengarahkan Polis...

Apa DAP Buat Urus Kilang Haram Selama 9 Tahun?

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak sepatutnya cuba mengelirukan rakyat dengan menyalahkan Barisan Nasional (BN) dalam isu lambakan kilang haram di negeri itu.

Ketua Pemuda MIC, Datuk C.Sivarraajh berkata, Guan Eng dan partinya DAP yang sepatutnya dipersoalkan oleh rakyat dalam isu tersebut kerana mereka memegang kuasa di negeri itu selama hampir sembilan tahun.

“Sejak tahun 2008, DAP sebagai kerajaan negeri gagal menangani isu kilang haram di Pulau Pinang.

“DAP dan Guan memegang kuasa hampir sembilan tahun. Apa yang mereka melakukan untuk membersihkan kilang haram selama ini?” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP cuba menyalahkan BN dalam isu kilang haram di Sungai Lembu, Penanti dengan mendakwa kononnya ia wujud sejak zaman pemerintahan BN.

Siasatan terhadap kes kilang haram terbabit menyaksikan seorang EXCO kerajaan negeri itu dan dua pengurusan kilang terbabit ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)


Sebuah laman web bagaimanapun melaporkan, Imej satelit yang diperoleh dari aplikasi ‘Google Earth’ mendapati kilang haram memproses habuk kayu di Pulau Pinang yang mengorbankan lima penduduk dan 11 lagi menderita kanser itu masih belum wujud sehingga Mac 2008.

“Adakah mereka (kerajaan DAP Pulau Pinang) tidur ketika bekerja atau tutup sebelah mata kerana mendapat manfaat daripada kewujudan kilang haram?

“DAP akan terus memainkan politik murahan dan kotor. Rakyat perlu bersatu untuk menghapuskan politik kotor DAP ini,” kata Sivarraajh lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori