Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ramai Puji Alicia Keys...

KEBIASAANNYA, selebriti akan melaram sakan jika diundang ke majlis anugerah dan pada ketika...

Jari Budak Tersangkut Di...

SESUNGGUHNYA tiada tugas yang boleh dianggap kecil oleh pasukan bomba dan penyelamat walaupun...

Mesyuarat SPR Tentukan Tarikh...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil...

Pejalan Kaki Maut Insiden...

KOTA KINABALU - Seorang pejalan kaki maut dalam kejadian langgar lari di Kilometer...

Anwar, Wan Azizah Dijadual Menghadap Agong, DAP Bermesyuarat

KUALA LUMPUR – Desas-desus berhubung kemungkinan pengaturan semula politik yang menggemparkan negara, semalam, masih belum berakhir dan isu berkenaan dijangka berterusan pada hari ini.

Ia berikutan beberapa program dijadualkan berlangsung, hari ini, antara lain Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, dan suaminya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara pada jam 2 petang.

Selain itu, DAP sebagai satu daripada parti komponen dalam gabungan Pakatan Harapan (PH), dilapor akan mengadakan mesyuarat tergempar susulan perkembangan politik terbaru itu di ibu pejabatnya di ibu negara.

Semalam, beberapa pemimpin utama pelbagai parti politik kerajaan dan pembangkang hadir pada satu mesyuarat khas dan tertutup di sebuah hotel di Petaling Jaya, mencetuskan tanda tanya mengenai tujuan mesyuarat itu diadakan.

Sebelum itu, beberapa mesyuarat berasingan diadakan membabitkan beberapa parti politik di tengah-tengah desas-desus berhubung kemungkinan pengaturan semula landskap politik negara.

Pemimpin parti terbabit bagaimanapun mengunci mulut mengenai inti pati perbincangan pada mesyuarat tertutup di ibu negara dan Petaling Jaya yang menarik perhatian media.

Terdahulu, UMNO mengadakan mesyuarat majlis tertinggi khas selama dua jam bermula jam 4 petang semalam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) turut mengadakan mesyuarat khas di ibu pejabat parti di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, dipengerusikan oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang enggan mengulas apabila Perdana Menteri berusia 94 tahun itu diserbu ketika meninggalkan premis itu.

Beberapa Ahli Parlimen dari parti politik di Sabah dan Sarawak juga mengadakan mesyuarat di ibu negara.

Selain itu, suasana di Istana Negara sibuk dengan banyak kenderaan dilihat memasuki istana sejak jam 5.30 petang, sesetengahnya bersama polis pengiring. Kenderaan berkenaan dilihat meninggalkan istana kira-kira dua jam kemudian.

Anwar pada satu majlis di kediamannya di Bukit Segambut, malam tadi, berkata pihaknya sedang menunggu maklumat mengenai apa yang beliau anggap sebagai satu percubaan menubuhkan sebuah kerajaan baharu.

Kategori