Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PPI Pengeluaran Tempatan Susut...

KUALA LUMPUR - Indeks harga pengeluar (PPI) pengeluaran tempatan merosot 1.5% pada Mei...

QZ8501: Penyelam Temui 5...

PANGKALAN BUN - Penyelam Indonesia pada Khamis menemui lima mayat yang masih terikat...

Remaja OKU Ditemukan Mati...

JOHOR BAHARU - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemukan mati lemas ketika...

Kenderaan Di Lebuh Raya...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara masih terkawal...

Anwar Tiba Di Istana Negara

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai telah tiba di Istana Negara melalui pintu 2 pada jam 10.25 pagi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pertemuan tersebut bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya seperti dinyatakan ketika sidang medianya pada 23 September lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menaiki kereta Jaguar dan diikuti dengan sebuah kereta Volkswagen.

Bagaimanapun kehadiran Presiden PKR itu tidak dapat dirakam lensa media kerana beliau tidak menurunkan tingkap kereta.

Ketibaan Anwar telah disahkan oleh Setiausaha Akhbarnya, Tunku Nashrul Tunku Abaidah yang dihubungi media.

Terdahulu Anwar memuat naik gambar beliau di Facebook yang lengkap berpakaian sut bersama isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dengan keterangan gambar ‘Semoga dipermudahkan segala urusan hari ini’. – Sinar Harian

Kategori