Anwar Sedar Ada ‘Pengkhianat’ PKR Cuba Jatuhkan PH

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyedari ada cubaan sesetengah pihak cuba menubuhkan kerajaan baharu.

Namun Presiden PKR itu masih menunggu maklumat lanjut mengenainya.

“Sekarang ini, kita tunggu maklumat. Tahu ada cubaan menjatuhkan PH (Pakatan Harapan).

“(Mereka) tubuh kerajaan baharu melibatkan rakan-rakan Bersatu dan segelintir pengkhianat dari PKR.

“Mereka mengadap Yang Dipertuan Agong tadi dan (setakat ini) belum ada pengumuman,” katanya menjawab soalan daripada seorang penyokongnya semasa Majlis Zikir Nuril Anwar di kediamannya di Segambut malam ini.

Tetamu khas pada majlis itu ialah Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.

Kenyataan Anwar itu disiarkan secara langsung oleh Facebook PKR.

Sebelum itu, Wan Salim turut mendoakan supaya Anwar dilindungi tuhan dan diberi kekuatan fikiran dn rohani dalam perjuangannya.

Semasa takzirah Wan Salim, Anwar beberapa kali kelihatan memeriksa telefon bimbit dan serius membaca mesej. – MalaysiaGazette

Loading...