Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

BNM Sedia Kerjasama Siasat...

KUALA LUMUR - Bank Negara (BNM) sedia bekerjasama dengan agensi penguatkuasa undang-undang untuk...

Tiada Lagi Skim Bantuan...

TEMERLOH - Kerajaan tidak akan melaksanakan kembali skim bantuan penanaman semula kepada pekebun...

Makanan Di Perak Bersih...

IPOH - Orang ramai terutama pelancong yang datang ke Perak tidak perlu risau...

Bapa Kembar Siam Tolak...

BAPA pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad, Rosli Abdul Rahim menolak tawaran dari Lembaga...

Anwar Pujuk Penyokong Pembangkang Terima Tun M

KUALA LUMPUR – Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan kenyataan rasmi bagi memujuk penyokong-penyokong pembangkang supaya menerima pelantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.

Beliau yang hanya memegang jawatan Ketua Umum dalam Pakatan Harapan mendakwa memahami penyokong pembangkang khuatir Mahathir akan mewujudkan pemerintahan era lampau yang autokratik jika Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Anwar bagaimanapun tetap meminta penyokong pembangkang supaya menerima Mahathir menerajui Pakatan Harapan jika mereka mahu pembangkang berjaya merampas kuasa pemerintahan negara ini.

“Saya hargai teguran rakan-rakan dan menggesa pimpinan Pakatan Harapan berlapang dada untuk berunding. Secara peribadi saya alukan kesediaan Mahathir untuk turun mengharungi perjuangan bersama.

“Kekhuatiran yang disuarakan mengenai kemungkinan seorang pengerusi parti (Mahathir) mengelencong dari hala tuju yang disepakati tidak mungkin dalam struktur (Pakatan Harapan),” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Anwar ketika ini sedang merengkok dalam penjara selepas didapati salah oleh mahkamah kerana meliwat seorang lelaki lain yang juga pembantu peribadinya.

Anwar membuat kenyataan itu berikutan Pakatan Harapan dilanda pergolakan hebat sejak pimpinan tertingginya yang didominasi DAP melantik Mahathir sebagai pengerusi pakatan pembangkang tersebut.


Walhal, Mahathir adalah bekas Perdana Menteri yang dilabelkan oleh pembangkang sebagai firaun, diktator dan bapa segala penyamun yang telah banyak melakukan kerosakan ke atas Malaysia selama ini.

Pakatan Harapan dibarisi parti pembangkang DAP, PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

PPBM ditubuhkan oleh Mahathir selepas beliau keluar UMNO gara-gara kecewa kepentingan peribadinya yang bercanggah dengan kepentingan negara tidak lagi dilindungi oleh kerajaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori