Anwar PM: Gesa Wan Azizah Berundur TPM Dahulu

SALAM ukhwah Malaysia baharu, berhubung maklum balas gesaan perletakkan jawatan Perdana Menteri Malaysia yang dipimpin oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamed dan meminta YB Dato Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri yang baru adalah tidak masuk akal sama sekali kerana:

1. Tidak mungkin dalam perlantikan perdana menteri kepada YB Dato Seri Anwar Ibrahim sedangkan kedudukan Timbalan Perdana Menteri Malaysia adalah Dato Seri Wan Azizah yang merupakan isteri kepada YB Dato Seri Anwar Ibrahim.

2. Gesaan berundur atau perletakkan jawatan timbalan perdana menteri yang masih dipegang oleh YB Dato Seri Wan Azizah perlu dibuat terlebih dahulu bagi membolehkan perlantikkan timbalan perdana menteri yang baru diberi mandat untuk meneruskan kepimpinan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang akan datang.

3. Isu perlantikkan perdana menteri seharusnya mengikut persetujuan Majlis Presiden Pakatan Harapan dan bukannya datang dari satu parti. Selain dari itu, isu sensasi dalaman parti keadilan yang baru ini seharusnya tidak mengaitkan mana-mana pihak antara pemimpin dalam Parti Pakatan Harapan. Biar lah isu dalaman parti keadilan di selesaikan oleh kepimpinan parti PKR itu sendiri. Keharmonian kerjasama parti dalam Pakatan Harapan sangat penting dalam membina Malaysia baharu.

Sekian.

YB Tuan Mohd Shaid Bin Rosli, ADUN Jeram merangkap,
Bendahari Bersatu Negeri Selangor,
Ketua Bahagian Damansara.

Loading...