Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video Tular Wanita Dilarang...

KUALA LUMPUR - Polis menyangkal dakwaan tidak membenarkan seorang wanita masuk ke dalam...

Kualiti Udara Tambah Baik,...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara bertambah baik apabila hanya 12 kawasan sahaja mencatatkan...

Subsidi Kereta Elektrik Di...

BEIJING - Subsidi untuk kereta elektrik di China dijangka dikurangkan lagi tahun ini,...

Minimunkan Rugi, Produk Vape...

PETALING JAYA - Kedai menjual rokok eletronik atau vape di Batu Pahat menawarkan...

Anwar Mampu Raih Mandat Besar

ATAS kertas, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dianggap sudah menang kerusi Parlimen Port Dickson tanpa perlu menunggu pilihan raya kecil (PRK) 13 Oktober ini, cuma persoalannya mampukah beliau mendapat mandat dengan majoriti besar.

Keputusan Barisan Nasional (BN) yang kelmarin mengumumkan memboikot PRK berkenaan, lebih memudahkan Ketua Umum PKR itu, meninggalkan lawannya yang berpotensi hanya dua individu atas tiket Bebas serta seorang lagi wakil Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Jika menang dengan majoriti kecil, ada pemerhati politik melihatnya sebagai ‘sagu hati’ daripada BN untuk membolehkan peralihan kuasa yang bakal menyaksikan Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad, berjalan lancar.

Ramai yang mengimpikan wujud pertarungan dengan calon ‘heavyweight’ daripada BN, bak kata pepatah Melayu, ‘buku bertemu ruas’, namun ia tidak menjadi kenyataan kerana mungkin BN mengambil pengajaran daripada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Balakong dan Seri Setia.

BN pernah memboikot PRK DUN Penanti di Pulau Pinang pada 2009, dengan alasan ia diadakan secara tidak demokratik, sedangkan semua maklum kerusi itu ialah kubu kuat PKR yang sukar dirampas. – BH Online

Kategori