Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Jumlah Kes Kesihatan Mental...

LABUAN - Jumlah kes kesihatan mental di pulau bebas cukai ini menunjukkan peningkatan...

Kanak-Kanak Ditembak Bapa Di...

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun masih mampu menghubungi talian kecemasan 911 biarpun dalam...

Bekas SUA Najib, Datuk...

KUANTAN - Bekas setiausaha akhbar Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menjadi Menteri...

Hishammuddin Beri Pandangan Selepas...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau...

Anwar Kata PPBM Hanya Mampu Beri Lonjakan Kecil

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pakatan Harapan hanya mampu melonjakkan sedikit sokongan kepada gabungan parti pembangkang.

Beliau dalam satu perutusan dari dalam Penjara Sungai Buloh malah menegaskan bahawa Pakatan Harapan masih mampu mempertahankan prestasi yang dicapai pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun, Anwar berpandangan sedikit lonjakan sokongan yang bakal diperoleh oleh Pakatan Harapan hasil daripada penyertaaan PPBM itu boleh membantu pakatan pembangkang merampas pemerintahan negara ini.

Justeru, beliau berpandangan Pakatan Harapan wajar menyegerakan rundingan dengan PPBM walaupun parti itu diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertanggungjawab memecat, memfitnah dan memenjarakan beliau pada tahun 1998.

“Dalam keadaan di mana Pakatan Harapan dapat mempertahankan prestasi yang dicapai pada PRU-13 yang lalu, yang diperlukan untuk menukar kerajaan hanyalah sedikit lonjakkan sokongan kepada Pakatan Harapan,” katanya dalam perutusan yang disiarkan Biro Komunikasi PKR hari ini.

Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara kerana meliwat lelaki lain bagaimanapun mengingatkan semua pihak dalam Pakatan Harapan bahawa kehadiran PPBM dalam Pakatan Harapan perlu sealiran serta memantapkan agenda reformasi yang diperkenalkannya.

Isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden PKR pada 15 Mac lalu mengingatkan Mahathir bahawa Pakatan Harapan yang turut dibarisi DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) memperjuangkan agenda reformasi.

“Kesatuan politik Pakatan Harapan ini dibina atas semangat perjuangan reformasi. Perjuangan reformasi demi menyelamatkan Malaysia adalah perjuangan Pakatan Harapan. Nilai-nilai permuafakatan adalah nilai yang diangkat dan dipegang teguh oleh Pakatan Harapan,” tegas Wan Azizah.

Isteri Anwar seterusnya mengingatkan semua pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Harapan bahawa kemampuan pakatan pembangkang menyaingi UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum sebelum ini kerana kepimpinan suaminya.

Mahathir baru-baru ini memaklumkan PPBM akan menyertai Pakatan Harapan dan akan membuat beberapa pembaharuan ke atas Pakatan Harapan.


Pengumuman Mahathir itu disambut baik pemimpin Pakatan Harapan Pro-Mahathir seperti Timbalan Presiden PKR, Datuk Mohamed Azmin Ali; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.

Mahathir keluar daripada UMNO dua tahun lalu dan menubuhkan PPBM kerana dipercayai berdendam dengan kerajaan Persekutuan yang enggan memenuhi kepentingan peribadinya dalam urusan perniagaan dan politik.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam pula membayangkan pluralisme akan menjadi asas kepada pemerintahan Malaysia jika Pakatan Harapan memenangi PRU14.

Malah, pemimpin veteran DAP itu tanpa berselindung menegaskan pluralisme adalah kekuatan Malaysia yang perlu diterima oleh seluruh rakyat termasuk penganut agama Islam.

Ramai cendiakawan Islam negara ini sejak berpuluh tahun lalu melahirkan kebimbangan terhadap hasrat kelompok tertentu mahu menerapkan semangat pluralisme di Malaysia.

Ia ekoran dasar pluralisme akan turut menyebarkan fahaman bahawa semua agama adalah sama maka kebenaran (hak) tidak hanya dalam Islam tetapi agama-agama lain juga. – MYNEWSHUB.CC

Kategori