Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Raja Azmi Berdebar Nanti...

PENERBIT filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 57, mengakui berasa berdebar menantikan detik diijabkabul...

Lapan Mangsa LRT Bertembung...

KUALA LUMPUR : Seramai lapan individu menuntut lebih RM860,000 sebagai ganti rugi khas...

Bulan Kebangsaan 2023 Dilancar...

Ipoh : Jalur Gemilang akan berkibar megah di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru...

Ismail Sabri Persoal Reformasi...

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan di manakah...

Anwar Himpun ‘Sarjana Selebriti Islam’ Balas Sidang Kemuncak KL

KUALA LUMPUR – Anwar Ibrahim menghimpunkan sekumpulan sarjana Islam yang dari segi teologi sejajar dengan Arab Saudi untuk satu persidangan antarabangsa di Kuala Lumpur bulan ini, dalam apa yang dilihat sebagai respon pemimpin PKR itu kepada Sidang Kemuncak KL yang dijauhi Riyadh dan sekutu.

Penganjur utama persidangan International Unity in Diversity Conference 2020 adalah International Institute of Islamic Thought (IIIT), sebuah institut Islam yang berpangkalan di Amerika Syarikat di mana ahlinya termasuk ahli-ahli akademi universiti yang mempunyai kaitan dengan Anwar sejak dulu lagi.

IIIT, yang dipengerusikan Anwar, terpaksa ditutup sementara pada 2002 selepas siasatan pasca 9/11 oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berhubung dakwaan berkaitan terorisme.

Institut itu, dipercayai didanai pembiaya-pembiaya Saudi, sudah lama dikaitkan dengan sarjana-sarjana yang bersimpati dengan Ikhwanul Muslimin, tetapi gerakan Islamis se-Arab dilihat sebagai “cabang progresif” Wahhabisme, fahaman Islam yang diamalkan di Arab Saudi.

“Tetapi Ikhwan dari segi teologi ditoleransi oleh elit Saudi Wahhabi. Mereka mungkin tidak berkawan dari segi politik, tetapi dari segi falsafah menentang sebarang pengiktirafan Iran Syiah sebagai komponen utama dunia Islam,” kata seorang bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), kumpulan yang pernah diketuai Anwar sebelum diundang Dr. Mahathir Mohamad untuk menyertai UMNO pada awal 80-an.

Abim juga penganjur bersama persidangan 8 Januari, bersama Muslims Professional Forum (MPF), sebuah lagi jaringan yang dipengaruhi Ikhwan, yang dulu pernah dianggotai oleh bekas menteri pendidikan, Maszlee Malik.

Persidangan itu, seperti Sidang Kemuncak KL juga bertemakan “isu-isu kontemporari Ummah”, akan menampilkan 4 speaker, termasuk anak sulung Anwar, Nurul Izzah, yang tidak menonjolkan diri sejak berundur daripada jawatan dalam PKR pada penghujung 2018.

Namun sumber memberitahu FMT bahawa selain Nurul Izzah akan keluar daripada hibernasi politik adalah 3 speaker lain adalah “orang-orang yang Anwar lebih selesa dampingi” berbanding orang-orang yang menghadiri Sidang Kemuncak KL.

Mereka termasuk Omar Suleiman, seorang warga Amerika Syarikat lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, yang kemudian mengasaskan sebuah badan pemikir Islam di Texas; Nuruddin Lemu, anak kepada mufti besar Nigeria, Ahmed Lemu, yang menjalankan kursus latihan Islam berbayar; dan Yasir Qadhi, seorang warga AS berketurunan Pakistan lulusan Saudi, yang seperti Omar, sebahagian daripada yayasan pendidikan Islam berasaskan seminar, AlMaghrib Institute.


“Orang-orang ini adalah penceramah selebriti Islam. Tetapi apa yang menarik adalah ketiga-tiga orang itu pada satu ketika pernah terlibat sirkit ceramah Saudi,” kata sumber.

Persidangan ini diadakan tidak lama selepas Sidang Kemuncak KL bulan lalu, yang Mahathir teruskan walaupun Saudi rasa tidak senang hati.

Riyadh marah kerana Mahathir mengundang 3 pengkritiknya yang paling lantang: Turki, Qatar, dan Iran yang menghantar ketua negara masing-masing.

FMT sebelum ini melaporkan persidangan itu seolah-olah meminggirkan Anwar yang tidak tersenarai sebagai speaker walaupun beliau pernah melibatkan diri dalam gerakan Islam.

“Anwar lebih suka didampingi golongan salafi yang dikatakan progresif, terutama di sebalik perselisihan antara Saudi dan Qatar,” kata seorang bekas pemimpin Abim kepada FMT.

Sementara itu, sumber berkata ini bukan pertama kali Anwar membalas persidangan yang menampilkan Mahathir dengan persidangan lain.

“Dua minggu selepas Mahathir menghadiri Kongres Maruah Melayu pada Oktober, Anwar juga menyertai persidangan lain tetapi bertemakan kepelbagaian,” katanya, merujuk kepada Seminar Pembinaan Bangsa Malaysia pada 26 Oktober tahun lepas. – FMT

Kategori