Anwar Gesa PH Kaji Semula Lesen Operasi Lynas

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengkaji semula pemberian lesen operasi terhadap Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) yang diperbaharui selama enam bulan.

Menurut Presiden PKR itu, kerajaan juga patut mengkaji semula yang bagi membenarkan syarikat bumi nadir itu untuk beroperasi semula di Gebeng, Kuantan.

“Saya menyokong percubaan untuk mengkaji semula keputusan itu.

“Tetapi saya fikir ia perlu dilakukan dengan baik untuk rundingan berkesan bermakna antara rakyat dan kerajaan,” katanya dalam sidang media sempena siri Jelajah Presiden ke PKR Wilayah Persekutuan di Kompleks Darul Putri, hari ini.

Ujar Anwar lagi, beliau menaruh keyakinan bahawa rundingan mengenai lanjutan lesen Lynas boleh dibuat oleh kedua-dua pihak.

“Saya percaya kita boleh membenarkan rundingan berlaku,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Khamis lalu Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dalam satu kenyataan memberitahu lesen operasi Lynas diperbaharui selama enam bulan namun dengan disertakan beberapa syarat utama.

Antara syarat yang dikenakan terhadap kilang nadir bumi itu ialah pemindahan proses ‘Cracking and Leaching’ ke luar negara dan pembinaan PDF.

Sebelum ini, lesen operasi Lynas dilanjutkan selama tiga tahun pada 2016 hingga 2 September tahun ini.

Loading...