Anwar Dijangka Jumpa Mahathir Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kira-kira jam 9.30 pagi ini, menurut sumber yang rapat dengan Presiden PKR itu.

Anwar meninggalkan kediamannya di Segambut, di sini, tepat jam 8.24 pagi tadi dengan kereta jenis Lexus berwarna hitam dinaiki Ahli Parlimen Port Dickson itu dilihat menyusuri keluar laluan utama diiringi sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Pertemuan khas antara kedua-kedua pemimpin itu yang dijangka berlangsung di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, dipercayai ada kaitan dengan polemik politik Pakatan Harapan (PH) sejak petang semalam.

Difahamkan, pertemuan tertutup antara Anwar dengan Pengerusi PH itu bakal menentukan ‘pengakhiran’ kepada polemik politik yang turut membabitkan UMNO, PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH), MCA, MIC, PKR dan DAP.

Sumber lain daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pula memaklumkan bahawa Dr. Mahathir dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pagi ini. – BH Online

Loading...