Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Masih Sedih.. Vin Diesel...

MASIH sedih dan terkenangkan mendiang rakan baiknya Paul Walker, Vin Diesel membuat tribute dengan...

Kuasa Diberi Bukan Untuk...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pemerintah dan anggota pentadbiran...

18,500 Penduduk Berpindah Operasi...

FRANKFURT - Sebuah pasukan pemusnah bom Jerman berjaya mematikan bom Perang Dunia Kedua...

Tahan Nelayan Indonesia Tangkap...

LUMUT Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri Perak menahan sebuah bot nelayan...

Anwar Berseloroh Tawar Konsultasi Hidup Di Jel

PORT DICKSON ― Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menawarkan khidmat konsultasi kepada mana-mana individu yang ingin mengetahui kehidupan dalam penjara.

Tawaran turut diberikan kepada orang kenamaan tertentu yang sedang menghadapi tuduhan di mahkamah, katanya ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, yang disambut gelak tawa oleh hadirin.

Pada program Himpunan Wanita Port Dickson Bersama Cef Selebriti itu di sini, calon Pakatan Harapan (PH) itu berkata kehidupan dalam penjara adalah susah, bagaimanapun beliau terus bertahan sehinggalah dibebaskan.

Katanya ketika di penjara beliau mendapat layanan yang baik daripada kakitangan penjara dan ada antara mereka yang simpati dengan nasibnya.

“Saya dihantar ke penjara tapi kakitangan penjara simpati dan diam-diam sokong Keadilan (PKR) dan ketika di luar mereka berkempen untuk parti.

“Selepas penamaan calon, seramai 60 kakitangan Penjara Sungai Buloh berkunjung ke Port Dickson menemui saya bagi menyatakan sokongan kepada saya dalam PRK Port Dickson,” katanya.

Anwar dihukum penjara selama hampir sembilan tahun iaitu antara 1998 hingga 2004 dan 2015 hingga Mei tahun ini.

PRK Port Dickson menyaksikan saingan tujuh penjuru antara Anwar dengan calon PAS Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar serta lima calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, pada 12 Sept lepas, bagi membolehkan Anwar, yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada Sabtu ini (13 Okt).

Parlimen Port Dickson mempunyai 75,770 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan kaum-kaum lain (dua peratus). – BERNAMA

Kategori