Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pengawal Keselamatan Didakwa Dera...

MELAKA - Seorang pengawal keselamatan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret...

Raja Salman Undang Dr...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima surat peribadi...

Suami Maut, Isteri Dan...

SUNGAI PETANI - Seorang maut manakala dua orang cedera parah selepas kereta Perodua...

Jambatan Angkat Kuala Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Orang ramai berpeluang untuk merasai keindahan panorama indah muara Sungai...

‘Anwar Akan Jadi Perdana Menteri, Itu Janji Saya’

NEW YORK – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri Malaysia seterusnya.

“Itu adalah janji saya,” kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjawab satu soalan pada Forum Tahunan Kedua Perniagaan Global Bloomerg yang dikendalikan wartawan, Fareed Zakaria.

Dr Mahathir berkata, beliau setuju menjadi perdana menteri kerana Anwar berada dalam penjara apabila kerajaan baharu mengambil alih pentadbiran.

“Saya berjanji bahawa saya tidak akan kekal lama sebagai perdana menteri. Mungkin dua tahun, mungkin lebih, mungkin kurang.

Ramai orang dah mencuba #MaggiPedasGiler tetapi adakah anda yakin anda tahan makanan yang #PedasGiler ini? Kami cabar anda agar sertai #CabaranKontrolMacho ini dan buktikan kehebatan anda!

“Apa yang penting ialah kita mempunyai kerja sama empat parti. Beberapa sejarah lalu kami tidak menyumbang kepada kerja sama itu.

“Justeru, kami perlu melupakan perkara lalu dan menumpukan kepada isu penting yang pada masa itu ialah untuk menumbangkan perdana menteri sebelum ini. Untuk itu kami sedia melupakan perbalahan lalu,” katanya.


Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia mahu perdana menteri baharu tetapi Anwar masih dalam penjara ketika itu.

“Rakyat mahu perdana menteri baharu, bukan perdana menteri lama ini, tetapi pada masa itu mereka tiada pilihan kerana pemimpin lain berada dalam penjara dan beliau pun tak boleh menerajui parti.

“Justeru, saya bersetuju bahawa saya akan berada di sana mungkin untuk dua tahun dan pemimpin baru akan mengambil alih kepimpinan,” katanya. – BH ONLINE

Kategori