Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Malaysia Naik Tangga Ke-18...

USAH bimbang, anda tidak mungkin baca berita ini di portal pro-pembangkang. Ia kisah...

Kereta Remuk Ditimpa Buah...

SINGAPURA - Jika di Malaysia, seorang remaja maut tragik ditimpa kerusi yang dicampak...

6 Remaja Terkandas Dalam...

GUA MUSANG - Sekumpulan enam remaja terkandas selama tiga jam di puncak gua...

Yang Di-Pertuan Agong Jalani...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menjalani rawatan...

Anugerah Hak Asasi Manusia Aung San Suu Kyi Ditarik

WASHINGTON – Muzium Peringatan Holocausts Amerika Syarikat (AS) menarik semula anugerah berprestij hak asasi manusia yang diberikan kepada pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi.

Ini kerana pemenang Hadiah Nobel Keamanan pada 1991 atas perjuangannya menentang pemerintahan kuku besi junta tentera;  didakwa hanya berdiam diri dalam tragedi penghapusan etnik Muslim Rohingya di negaranya.

Suu Kyi pernah menerima anugerah Elie Wiesel dari muzium memorial itu enam tahun lalu sebagai menghargai jasanya menentang kezaliman dan meraih kemerdekaan untuk semua rakyat Myanmar.

Muzium berkenaan bagaimanapun memutuskan untuk menarik semula anugerah berkenaan selepas memperoleh banyak bukti yang menunjukkan wanita itu hanya berdiam diri dalam operasi ketenteraan ke atas etnik terbabit.

“Selepas serangan tentera ke atas masyarakat Rohingya didedahkan pada tahun 2016 dan 2017, kami berharap anda sebagai seorang individu yang selama ini berjuang untuk kemerdekaan rakyat Myanmar melakukan sesuatu.

“Ini bagi membantu etnik minoriti itu, atau sekurang-kurangnya menyuarakan pendapat mengutuk kezaliman berkenaan,” kata pengurusan muzium berkenaan dalam surat rasmi kepada Suu Kyi.


Suu Kyi dan parti Liga Demokrasi Nasional jelas mereka, menolak untuk bekerjasama dengan pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan kekal sebagai satu retorik dalam gerakan anti Rohingya.

“Parti beliau juga melarang media melaporkan kejadian pembunuhan besar-besaran ke atas etnik itu.

“Tindakan zalim pihak tentera khususnya sejak beberapa bulan kebelakangan ini menuntut anda melakukan sesuatu yang boleh membantu tetapi anda memilih untuk berdiam diri,” kata surat itu lagi. – AFP/BH ONLINE

Kategori