Anuar Zain Beralih Arah Ke Bidang Perniagaan?

SUDAH menjadi trend artis Malaysia mengeluarkan jenama sendiri. Kebiasaannya, selebriti wanita mengeluarkan barang yang mereka gunakan atau restoran atau mungkin juga barang kosmetik.

Bagi selebriti lelaki pula, mereka mungkin akan mengeluarkan jenama pakaian atau pun jenama minyak wangi sendiri seperti yang dilakukan oleh pengacara Melodi TV3, Awal Ashaari.

Tetapi, berbeza pula dengan penyanyi bersuara lunak ini. Anuar Zain dilaporkan telah mengeluarkan jenama tudungnya sendiri di bawah label AwanByAz.

Ini merupakan koleksi skaf pertama yang dikeluarkan oleh pelantun suara bagi lagu Andainya Takdir. Dengar-dengarnya tudung-tudung ini sudah mula dijual di laman web rasminya, www.shopbyaz.com sejak 7 September lagi.

Manakala rekaan setiap skaf ini diinspirasikan daripada alam semulajadi, kembara dan seni. Kalau perasan warna-warna yang digunakan juga lembut dan ceria.

Coraknya juga fresh dan kena dengan citarasa hijabista sekarang. Setakat ini jenama AwanByZa ini telah mengeluarkan tujuh rekaan corak yang berbeza.

A post shared by shopbyaz (@shopbyaz) on

Kini, adik kepada Ziana Zain ini giat mempromosikan album terbarunya yang diberi judul Anuar Zain dan lagu terbarunya, Cinta Takkan Berakhir iaitu sekuel kepada muzik video Andainya Takdir.

Agak-agaknya macam mana penerimaan sambutan untuk tudung ini? Selalunya bisnes tudung ini didominasi golongan hawa. Mampukah jenama AwanByAz ini mampu menyayingi jenama yang sudah berada di pasaran seperti Naelofar Hijab dan dUCk?

Selamat maju jaya diucapkan kepada Anuar Zain dengan gelaran baru sebagai usahawan pula! – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Loading...