Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pekerja Bangladesh Maut Dihempap...

LUMUT - Seorang pekerja warga Bangladesh maut akibat dihempap traktor mesin rumput yang...

PRN Johor: SPR Harap...

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan harapan proses penamaan calon bagi Pilihan...

PDRM Tidak Intip Akaun...

KUALA LUMPUR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengesahkan tidak mengintip akaun media sosial...

Selangor Terima RM56 Juta...

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini menyerahkan peruntukan berjumlah RM56,412,369.60 kepada Selangor bagi imbuhan tahunan...

Anthony Bourdain Belanja Obama Makan Mi Di Vietnam

PERSONALITI TV popular, Anthony Bourdain berkongsikan foto dia sedang menjamu selera di sebuah kedai makan di Hanoi, Vietnam dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, semalam.

Bourdain memuat naik sekeping gambar memaparkan dirinya sedang duduk di atas bangku plastik sambil makan dalam keadaan bersantai dan tanpa protokol dengan Obama.

Kedua-duanya berkunjung ke restoran tersebut yang menyediakan hidangan mi tempatan dikenali sebagai bun cha dan tiada kelihatan pengawal peribadi presiden di sekitarnya.

Tulis Bourdain menerusi laman Twitter: “Jumlah bil makan malam bun cha bersama Presiden adalah AS$6 (RM24.66) Saya yang belanja”!

obama2


Menurut laman berita CNN, perbincangan antara Obama dan Bourdain akan ditayangkan di saluran berita itu menerusi program Anthony Bourdain Parts Unknown yang akan ditayangkan September ini. – MYNEWSHUB.CC

obama1

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori