Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KKM Tunggu Laporan Lengkap...

BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan masih menunggu laporan lengkap berhubung kopi pracampuran, yang...

KDN Teliti Penghakiman Isu...

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memutuskan tindakan susulan daripada aspek perundangan...

Dewan Rakyat Kecoh Isu...

KUALA LUMPUR - Sesi perbahasan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini bertukar kecoh...

Swaziland Tawar Bayaran RM58...

Swaziland – Berita baik kepada gadis di Swaziland. Mereka akan dibayar kira-kira RM58...

Annuar Tunai Tanggungjawab Penuhi Tuntutan SPRM

PUTRAJAYA – Suasana perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini gamat seketika sejurus kemunculan Tan Sri Annuar Musa tiba tepat jam 9 pagi Jumaat.

Berbeza dengan gaya gelabah pemimpin pembangkang yang sering mengelak jika terpalit isu rasuah, bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), tampil tenang ‘menyerah diri’ secara sukarela kepada pihak SPRM.

Sebagaimana dijanjikannya sebelum itu, Annuar muncul menunaikan tanggungjawab memenuhi tuntutan pihak SPRM untuk menyiasat berhubung dakwaan kes penyelewangan dan penyalahgunaan kuasa melibatkan dirinya.

Annuar Tunai Tanggungjawab Penuhi Tuntutan SPRM

Setelah empat jam disoal siasat oleh SPRM, Annuar yang digantung jawatan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) sejak Selasa memberitahu bahawa beliau lega setelah memberikan kerjasama sepatutnya kepada SPRM.

“Selebihnya terserah kepada SPRM. Saya jawab setakat mana yang saya tahu. Kemungkinan selepas ini saya akan dipanggil sekali lagi oleh SPRM untuk membantu siasatan. Namun saya bersedia untuk disiasat,” katanya.

Annuar Tunai Tanggungjawab Penuhi Tuntutan SPRM

Ketika ditemui puluhan wakil media ‘berkampung’ menunggu sejak jam 8 pagi hingga selesai kira-kira 1 tengah hari sebelum solat Jumaat, Annuar masih boleh tersenyum meskipun kelihatan penat selepas balik dari New Zealand.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia juga menjelaskan bahawa belum ada lagi keperluan buat masa ini untuk mengadap presiden parti yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dalam masa terdekat.


“Setakat ini apa yang disiasat pun tiada kaitan dengan Perdana Menteri dan UMNO sendiri. Biarlah saya seorang sahaja yang tanggung sendiri kes ini,” jelas Ahli Parlimen Barisan Nasional Ketereh di Kelantan itu.

Baca: MARA: Annuar Musa Terima Keputusan Digantung Tugas

Juga: SPRM Buka Kertas Siasatan Terhadap Annuar Musa

Lagi: MARA: Annuar Musa Digantung Tugas Kes Tajaan TRW, UniKL

Annuar disiasat atas dakwaan cuba menyalahgunakan kedudukan sebagai Pengerusi Mara untuk membolehkan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menaja pasukan bola sepak negeri Kelantan iaitu The Red Warriors (TRW).

Isu itu bermula apabila pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kenyataan Annuar mempergunakan kuasanya supaya Mara menaja skuad Kelantan.

Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan pihak terlbat menaja TRW atas dasar komersial sambil menyindir JDT kerana turut ditaja oleh pihak tertentu langsung atas perintah individu yang berpengaruh.

Namun Annuar akur dengan keputusan daripada pihak Mara yang menggantung jawatannya sebagai pengerusi Mara dan Pelaburan Mara Berhad (PMB) berkuat kuasa serta merta. – MYNEWSHUB.CC

Kategori